Saturday, July 25, 2009

Marwa as-Sharbini Mati syahid kerana tudungnya! Allahuakhbar!!!

SYAHID KERANA TUDUNG...
Tidak banyak liputan TV tentang Marwa Al-Sharbini, seorang ibu yang punya seorang anak, sedang mengandung tiga bulan, mati akibat ditikam 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim.Tidak ramai pula di kalangan orang Islam sendiri sedar tentang tragedi kejam ini. Yang mereka lebih tahu ialah kematian Raja Pop. Itupun kerana media, terutama TV melampau-lampau liputannya.

Berhari-hari, bahkan berminggu masih belum reda isunya. Ribuan penduduk Mesir menghantar jenazah Marwa ke tempat pengkebumiannya. Beliau tidak sepopular artis tersohor, MJ, tetapi pastinya beliau tersohor di kalangan penduduk langit kerana mempertahankan harga diri, maruah dan agamanya melalui tudungnya, yang dengannya ia syahid.Marwa ditikam di ruang mahkamah kota Dresden, Jerman sebelum memberikan keterangan atas kesnya. Ia mengadu tentang seorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya disebabkan beliau berjilbab.

Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah berasal dari Mesir itu. Di saat berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, terkena tembakan pihak berkuasa yang berdalih tidak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam keadaan kritikal di hospital di Dresden .Dalam sejarah Islam, seorang wanita Islam cuba dicabul kehormatan dan maruah dirinya oleh seorang Yahudi. Lantas pemuda Islam tangkas membantu hingga menyebabkan pergaduhan antara Yahudi dan orang Islam. Di zaman Khalifah Mu’tasim, seorang wanita meminta tolong dengan berkata: ‘Waa Mu’tasimah!’. Mu’tasim yang berada begitu jauh darinya, apabila mendapat berita tersebut terus menghantar bantuan untuknya.

KAT MALAYSIA PLAK...

tudung atau tidak bertudung bukanlah menjadi 1 kesalahan.nk pakai boleh, tak pakai pon x pe.. tapi, kat sesetengah sekolah, maybe mewajibkan studentnye pakai tudung.. pelik.. kat oversea sana, golongan wanita mereka memperjuangkan hak muslimah untuk memakai tudung...



mereka mogok, buat demo, memperjuangkan hak yang mana diperintahkan oleh Allah untuk memakainya... kekenagan cukup hebat!!! islamifobia di negara2 luar terhadap islam cukup menebal.. mereka anti-islam, melabel islam ini pengganas, dan nasib atau hak bagi umat islam disana dinafikan..



"muslimah" di malaysia, ada yang bertudung, tapi tak memenuhi tuntutan.. ada pulak yang free hair.. kadang2, bila saya jalan2 keluar ke bandar, hati ni jadi confius bila lihat wanita berketurunan melayu tapi x pakai tudung... sering saya bermonolog, "islamkah awak ni?".. bila pakaian dah tak melambangkan ketimuran, tambah pula make-up yang melampau lampau.. tafsiran mata dan hati sering bersalahan..



tidak ada sebarang halangan bagi wanita malaysia untuk memenuhi tuntutan agama yang suci ni, tapi kenapa kita seolah-olah tidak bersyukur??? Ada pula golongan yang mengeluarkan hujjah dengkel untuk tidak memakai tudung dengan berkata "zaman nabi dulu wanita pakai tudung sebab dekat padang pasir, nak lindung rambut..sekarang x pe" lebih kurang gitulah yang pernah saya dengar.. dunia.. dunia..

ingin saya kongsikan, semasa saya sekolah menengah, dalam sesi tazkirah selepas maghrib, "halaqah tafakuh.." bersama ustaz abdul aziz b ramli. ketika tu, ustaz saya membacakan hadis yang mana nabi bersabda bahawa lebih ramai wanita yang menjadi penghuni neraka berbanding lelaki.. kemudian, tak lama selepas tu, ada soalan daripada pihak muslimat yang bertanya, "kenape pulak ramai perempuan yang byk msk neraka, sedangkan kat dalam penjara, lagi ramai org laki yang bersalah dan jahat???" kemudian, ustaz saya dengan tenang dan machonye menjawab... "hukum dunia dan hukum Allah adalah berbeza sama sekali... adakah kat malaysia ni, kalau perempuan tak pakai tudung, akan dimasukkan ke dalam penjara? adakah etika tidak memakai tudung itu menyalahi undang2? lagi 1, berape ramai pulak isteri yang nusyuz kepada suami, yang mengkhianati suami dan tidak dapat dikesan melalaui undang2???.. so, bayangkanlah, jika 1 helai rambut mewalili 1 dosa, dan jika mampu, bilanglah helaian rambut dikepala.. ada berape byk dosa dapat??? pastu, kali pulak jika ada 100 orang lelaki yang tengok rambut tu... maka, terjawablah soalan muslimat tersebut....

wallahu a'lam...

Friday, July 24, 2009

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

IN THE NAME OF ALLAH, MOST GRACIOUS, MOST MERCIFUL..
LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua/sulung, manakala perempuan tidak. perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik, pahala dapat kepadanya... kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupunbegitu isteri boleh membantu. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa- dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulahkira-kiranya.

WANITA

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya??Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempatyang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.Bukankah ibu adalah seorang wanita?Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH dimuka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taatakan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seoranglelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing-masing lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamuberpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Wednesday, July 8, 2009

PPSMI-BERAKHIRNYA GENERASI TIKUS PUTIH???

Assalamualaikum... saya sekarang ni masih di poli.. menguruskan MSK (minggu suai kenal) bagi pelajar semester 1 bagi sesi julai 2009. ape pun, dalam kesibukan, alhamdulillah, saya masih lagi sempat "menjenguk" beberapa isu semasa berkenaan MU (manik urai) dan juga yang terkini tentang pemansuhan PPSMI yang diumumkan oleh deputy prime minister yang merangkap menteri pelajaran iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin...

Jadi, tahun 2012 pemansuhan itu akan dikuatkuasakan, bermakna masih ada lagi 2 genrasi tikus putih yang akan dikorbankan.. meminjam kata-kata sasterawan negara, iaitu Dato' A. Samad Said dalam harakah,

"Apa yang diumumkan oleh Muhyiddin itu hanya menangguhkan pemansuhan PPSMI bukan memansuhkannya terus."Jika benar mansuhkan, sepatutnya tahun depan semua pelajar tahun satu, tingkatan satu dan tingkatan empat sudah mula belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu."Alasan mengatakan untuk mansuhkan perlu ambil masa tidak logik kerana ketika Perdana Menteri keempat dahulu mahu laksanakan hanya boleh ambil masa enam bulan, kenapa Perdana Menteri keenam perlu ambil masa tiga tahun untuk mansuhkan?" soal beliau.

Beliau juga menegaskan tidak ada sebab bagi kerajaan menangguhkan pemansuhan dasar tersebut hingga ke tahun 2012 sedangkan ketika mahu melaksanakannya ia boleh dilakukan dalam tempoh enam bulan.Pengumuman Menteri Pelajaran, tegas beliau, bersifat mengumpan rakyat untuk menghadapi pilihan raya kecil Dun Manek Urai dan juga pilihan raya umum ke-13 nanti.

Pada hemat saya, tidak perlulah mempelajari subjek yang sukar dengan cara yang sukar, sedangkan cara yang lebih mudah dan lebih praktikal dapat dilaksanakan.byk yang perlu "disetelkan" sekiranya pembelajaran subjek math dan sains ini ingin diajar dalam bahasa inggeris, antaranya pelajar perlu mengetahui lebih bayak vocab @ kosa kata, menghafal fakta dalam bahasa inggeris yang terkadang "pronoun"nye pon tak betul, dan juga grammar (tatabahasa).jika ingin dikatakan wajar ia dilaksanakan atas dasar "challange", we hav 2 think bout it twice, or more than it!!! wajarkah anak kecil yang baru mengenal dunia persekolahan, dan terkadang bercakap dalam bahasa melayu pon masih pelat, kita ingin memaksa mereka untuk bercakap dalam bahasa inggeris... ???sebenarnya, jika dilihat, silibus pelajaran yang sedia ada pon sudah mencabar bagi kanak2 ini...

secara personal, saya sgt meminati bahasa inggeris, dan sgt teruja sekiranya saya boleh bercakap dalam bahasa ingggeris dengan lancar.. saya bukanlah orang yang memusuhi mana2 bahasa, kerana sema bahasa dan ilmu itu datang dari Allah.. Dalam SPM pon, saya boleh dapt 3B bgi English, 3B bagi English 4 science n tech, dan 4B bagi Bahasa Arab tinggi... bagi saya, subjek bahas ini sagat indah dan penting, kerana dengan menguasai bahasa, kita dapat menyebarkan dakwah kepada lain2 kaum @ bangsa yang tidak fasih dalam bahasa melayu.. inilah antara uslub dakwah yang saya rasa, perlu dikuasai oleh umat islam kini...


jika diperinci, sistem pendidikan kita sekarang memerlukan nafas baru.... saya terfikir, mengapa diperingkat IPT, subjek agama ini sekadar menjadi subjek sampingan sahaja... sbg contoh, saya di poli ni,, mengapa subjek agama hanya ada sehingga semester 3 sahaja..? kita perlu ingat, ilmu agama ini perlulah dipelajari selalu kerana agama ini adalah panduan dalam kehidupan.. remaja sekarang memerlukan makanan rohani bagi mengelakkan mereka terjebak dgn aktiviti2 yang tidak bermoral. jika subjek agama hanya ada sehingga semester 3, adakah kita boleh menaruh kepercayaan kepada remaja @ siswa2 ini bahawa mereka akan mencari ilmu agama atas dasar inisiatif sendiri iaitu dengan menghadiri ceramah agama atau sebagainya??? huh,, saya rasa itu jauh sekali... jika dilihat di masjid pn, ahli khairiah masjid kini ketandusan generasi muda dan hanya diimarahkan oleh golongan yang berusia..


tak guna ada mata jika tak mampu melihat,
tak guna ada akal jika tak mampu berfikir,
tak guna ada ilmu jika tak reti nak beramal...

wallahu a'lam...

Friday, July 3, 2009

PENJELASAN TENTANG AURAT MUSLIMAH...

Salam a'laika... Posting kali ni berkanaan aurat muslimah @ wanita... Saya kadang-kadang terfikir, pemikiran orang ortodoks ni mungkin lebih baik dari zaman moden ni dari sudut fesyen.. kenapa revolusi fesyen ni terlalu ketara sehingga kita hari ni terlalu jauh dari tuntunan dan syariat??? dalil-dalil qat'i itu memang sudah tidak boleh diubah, tetap, dan jika melalui zaman apa sekalipun, ia tetap tidak berubah... tetapi, kenapa kini ia diubah, dan kita hari ini mungkin tidak sedar akan perubahannya... ianya ibarat menjadi makanan kita setiap hari...
PENGERTIAN ‘AURAT
Secara mudahnya aurat dapat diertikan sebagai bahagian tubuh badan, sama ada lelaki ataupun wanita yang diwajibkan oleh syarak menutupnya daripada pandangan mata

BATASAN ‘AURAT
Lelaki : antara pusat dan lutut.
Perempuan : Seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan

HUKUM
Menutup aurat adalah wajib kepada setiap orang yang beragama Islam sama ada lelaki atau perempuan terutama apabila berhadapan dengan pandangan orang yang bukan mahramnya (yang diharuskan kahwin dengannya)

SYARAT-SYARAT BERPAKAIAN

1- IKHLAS KERANA ALLAH.
2- TIDAK MENAMPAKKAN BENTUK BADAN DAN JARANG.
3- BUKAN PAKAIAN KEAGAMAAN ORANG BUKAN ISLAM.

Disini saya sertakan 5 pendapat tentang aurat seorang muslimah @ wanita..
1.Sebahagian ulama Al-Hanafiyah dan khususnya Imam Abu Hanifah ra. sendiri mengatakan bahwa yang termasuk bukan aurat adalah wajah, tapak tangan dan kaki.

2.Mazhab Maliki batas aurat waita merdeka dengan laki-laki ajnabi (yang bukan mahram) adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

3.Mazhab Syafie bahwa wanita merdeka itu seluruh badannya adalah aurat kecuali wajah dan tapak tangan.

4. Para mufassirin yang terkenal pun banyak yang mengatakan bahwa batas aurat wanita itu adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Mereka antara lain At-Thabari, Al- Qurthubi, Ar-Razy, Al-Baidhawi dan lainnya. Pendapat ini sekali-gus juga mewakili pendapat jumhur ulama.

5. Jumhur ulama mengatakan bahwa aurat wanita itu adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan tapak tangan. Sehingga kaki tetap merupakan aurat yang tidak boleh diperlihatkan kepada non mahram. Baik di dalam solat mahupun di luar solat.
firman Allah S.W.T:



Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) ALLAH adalah Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani. AL-AHZAB=59

lagi firman Allah S.W.T

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi
saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. AN-NUUR=31


TAK JELAS LAGI??? TENGOK CONTOH NI..



MACAM DAH TUTUP, TAPI SEBENARNYA TAK IKUT TUNTUTAN...


tutup aurat ni wajib, ikhlas atau tidak, tutup aurat memang wajib, cuma kalau ikhlas tu dapat la pahala, dan kalau x ikhlas tu, sia-sialah... mungkin, cuma terlepas dari dosa... Wallahu a'lam...