Tuesday, May 31, 2011

CONVOCATION HALAL EXECUTIVE PROGRAMME

...IN THE NAME OF ALLAH, MOST GRACIOUS, MOST MERCIFUL...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Alhamdulillah, pada hari Isnin, 30 Mei 2011, bertempat di MATRADE HALL Kuala Lumpur, buat pertama kalinya konvokesyen program eksekutif halal (1/2010) kelolaan HDC telah dilaksakan dengan jaya dan meriah..


Saya selaku salah seorang peserta Halal Executive Programme (HEP) amat berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya tenaga pengajar HDC. Jadi, dalam blog saya ni, saya sediakan serba sedikit kompilasi Konvokesyen HEP ni bermula dari behind the scene, sedutan berita nasional tv1, dan keratan akhbar perdana sebagai kenang-kenangan.. Enjoy.. =)


(sedutan berita nasional 8.00 malam, 30 mei 2011)

(keratan akhbar Utusan Malaysia)

(keratan akhbar Kosmo!)

(keratan akhbar Berita Harian)

Seterusnya, ini pulak gambar-gambar behind the scene, n gambar-gambar yg x keluar kt media..

(bersama Mentari MITI, Dato' Sri Mustapa Mohamed)

Graduan Halal Executive Programme 1/2010

barisan tenaga pengajar HDC

raptai konvo

girls

boys

that's all..
hehe.. malas nak menaip panjang-panjang..
cukuplah gambar menceritakan segala-galanya..
wassalam

Sunday, May 8, 2011

MENDAKAP TANGAN SEMASA SOLAT

...IN THE NAME OF ALLAH, MOST GRACIOUS, MOST MERCIFUL...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Umum mengetahui, bhawa solat itu wajib, namun di dalam al-Quran, tidak ada pula ayat yang menerangkan method bagaimana solat itu didirikan.. yang ada, Cuma sepotong hadis Rasulullah S.A.W yang berbunyi, “…dirikanlah solat sepertimana aku solat..” jadi, bagi kita umat di akhir zaman ini yang tidak pernah melihat batang tubuh baginda, apatah lagi melihat baginda tercinta mendirikan solat, sudah tentu ada banyak kaedah, atau method yg kita gunakan berdasarkan apa yg kita pelajari di bangku sekolah..

Salah satu bahagian dalam solat yang jika diamati, ada pelbagai cara dilakukan oleh muslim iaitu mendakap tangan ketika berdiri.. Selepas takbir ratulihram, kedua-dua belah tangan hendaklah didakapkan. Bagaimanapun, para ulama’ telah sepakat bahawa tiada dalil yang mewajibkan kedudukan tangan seumpama ini, dan ia BUKAN rukun atau SYARAT SAH SOLAT. Ia hanya sunat menurut beberapa mazhab. Hujah para ulama kerana dalam sebuah hadis, ketika Nabi Muhammad S.A.W mengajar seorang lelaki yang teruk cara solatnya, maka apabila Nabi S.A.W menyuruh lelaki itu solat semula dan mengajarkannya cara solat, Baginda tidak pula menyebut tentang kedudukan tangan. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Saya teringat pada suatu ketika, usai saya solat di masjid di tempat saya, saya pernah ditegur oleh seorang pemuda Bangladesh yang solat di sebelah saya.. Pada ketika solat, kedudukan tangan saya adalah di dada.. Jadi, setelah memberi salam, dia menegur saya dalam bahasa English, walaupun dia tidak fasih, dia cuba menegur saya sambil menggayakan cara mendakap tangan ketika berdiri dengan betul (mndakap tangan di atas pusat). Saya cuba menerangkannya bahawa terdapat banyak pendapat tentang solat ini.. Cuma pada ketika itu, saya juga jadi tidak pasti kerana saya tidak pernah terbaca mngenainya.. Cuma ada terdengar ketika tazkirah dan majlis ilmu.. Saya tidak menyalahkan dia, malah menghargainya kerana cuba memperbetulkan solat saudaranya yang lain. Pemuda Bangladesh itu merupakan pekerja ladang di bawah Felda Plantation untuk program tanam semula sawit.

Hari ini, saya telah menemui dalil-dalil tersebut dan ingin berkongsi mengenainya..

DALIL BERDAKAP TANGAN



Berikut adalah beberapa hadis Nabi S.A.W yang menyebut tentang berdakap tangan dalam solat:

Ø  Sahabat Nabi bernama Wali R.A menggambarkan sifat solat nabi dengan katanya, “Kemudian Nabi S.A.W meletakkan tangan kananannya di atas permukaaan tangan kirinya dan pergelangan dan awal lengan.” ( Riwayat Muslim dan Ahmad)
Ø  Daripada Ibn Mas’ud R.A, beliau menceritakan: “Sesungguhnya Nabi S.A.W lalu disebelahku ketika aku sedang solat. Tatkala itu aku meletakkan tangan kiriku di atas tangan kananku, maka Nabi S.A.W membetulkan lalu meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri.” (Riwayat Abu Daud)
Ø  Daripada Wail bin Hujr berkata “ Aku solat bersama Nabi S.A.W dan baginda meletakkan tangan kanannya di atas tangan kirinya lalu diletakkan di atas dadanya” (Riwayat Ibn Khuzaimah)
Ø  Daripada Abi Jarir daripada ayahnya yang bermaksud “aku melihat Ali memegang tangan kirinya dengan yang kanannya di sendinya lalu diletakkan di sebelah atas pusatnya.” (Dalam sanad ini terdapat Abu Talut Abdul Salam bin Abi Hizam. Abu Daud mengkritiknya)
Ø  Ali meriwayatkan “Sesungguhnya Nabi S.A.W meletakkan telapak tangan di atas telapak tangan yang lain dan diletekkan di bawah pusat.” (Riwayat Abu Daud. Abu Daud mengkritik hadis ini: “Aku mendengar Imam Ahmad bin Hanbal mengatakannya daif.”)

Jadi, kesimpulan daripada hadis-hadis di atas terdapat beberapa cara mendakap tangan. Jika ada fakta yang saya tersilap, minta diperbetulkan.. Wallhu ta’ala a’lam.. Wassalam..

Monday, April 25, 2011

TIPS TEMUDUGA SPA

IN THE NAME OF ALLAH, MOST GRACIOUS, MOST MERCIFUL...


Assalamualaikum… Alhamdulillah.. hari posting ni ditaip, 25 april 2011, sudah hampir 3 bulan saya bekerja sebagai penjawat awam.. syukur kpd Allah S.W.T atas kurniaannya.. jd sebagai tanda kesyukuran tu, suka saya nk berkongsi pengalaman sy temuduga SPA yg seterusnya membolehkan saya bekerja seperti hari ni.. Actlly, ini bukanlah tips sebenar, sbb mungkin perjalanan temuduga tu agak berbeza bg sesetengah pusat temuduga.. Cuma, sy harap, dgn perkongsian ni, sy boleh memberi sedikit guide kpd mereka yg tertanya-tanya dan berdebar utk menghadapi hari temuduga..


So, 1st skali, seperti biasa, datanglah awal ke tempat pusat temuduga tu.. bukan ape, klu datang awal, boleh ambik nafas sebelum temuduga, dan jugak dpt no giliran.. bila sampai kt tempt temuduga, mula2 jumpa dgn org yg jage kaunter tu.. dia akan bg no giliran pada kita… Jgn lupa, bwk surat temuduga SPA tu sebagai rujukan pihak SPA..  Dia jugak akan cek either semua dokumen yg perlu kita bawak tu ada dan diSUSUN mengikut turutan.. PASTIKAN pd clear holder tu, depan skali spacekan utk letak IC, SURAT BERANAK, & SURAT PANGGILAN TEMUDUGA.. then, next page letak la resume, surat dan sijil berenti skolah, sijil SPM. Kemudian barulah sijil @ diploma. Klu ada MUET, letak la slip keputusan MUET tu.. then, baru la sijil-sijil ko-kurikulum.. Actlly, mgkin susunan ni berbeza kot ikut pusat temuduga, tp masa sy temuduga, lebih kurang mcm ni la susunannye..  yg guide susunan ni, MR. Kaunter tu.. (ape nama specific dia ek).. Sy ingt lg, masa tgh susun depan dia, dia tgk result  CGPA sy.. then dia tegur,

Mr. Kaunter : “kenapa mintak  kerja, x smbung belajar?”
Saya       : Oh, pointer x tinggi la en. X dpt upu.
Mr Kaunter : “mmm.. awk kena ingt, nk mntk kerja ni pon kena pointer tinggi jugak” Pointer saya mmg cukup makan. 3.08.

Lepas dia ckp tu, moral sedikit down.. tp x kan nk balik pulak kan? So, teruskan je la. Sy terus duduk, sambil tunggu no giliran sy dipanggil. Utk temuduga, akan ada 2 orng (mungkin lebih) panel temuduga. Sorang wakil dr jabatan yg berkaitan kerja yg kita mintak, dan sorang lg wakil dari SPA. So, get ready. Masuk bilik temuduga tu ketuk pintu, bagi salam. Klu panel tu boleh kita salam, salam je. X pe. Time duduk,  pastikan posture badan selesa dan sopan. Juga pastikan

1)      Bersedia untuk introduce yourself in English.  Nama, dr mana, IPT mana, dtg utk jawatan ape, n aktiviti yg disertai masa kt IPT. Bgtaw la jugak kot, advantages @ strength, n klu nk masuk skit psl keluarga, boleh jugak, tp JANGAN keterlaluan. Itu bukan point utama introduce yourself. SPEAKING ENGLISH ek..
2)      Tahu skop kerja jawatan yg kita pohon tu. Skop kerja bg jawatan tu boleh check kt website SPA.
3)      Klu kerja tu related dengan course pengajian, study la benda-benda yang basic. Insya Allah. Klu x related pon, kena tahu jugak perkara-perkara basic tentang kerja tu.
4)      Pastikan isu semasa dalam kepala. Masa sy temuduga, panel mintak saya kemukakan 5 isu mutakhir. Kawan sy pulak kena tnya pasal NKRA, ETP tu ape.. tipsnye, sokmo la peka dan baca paper.
5)      Klu panel tnya “awak ni masih muda, dan pada resume awk ni, awk masih bujang.. klu awak ditempatkan di sabah dan Sarawak, awak sanggup x??” so, jawab je sanggup even dalam hati berat.

Selesai sesi temuduga, panel akan Tanya “ada apa-apa persoalan x?”.. Jadi, cubalah jugak Tanya sebarang 1 @ 2 soalan yg berkaitan. Pastikan soalan tu related dan logic. Bertanya n ink tunjuk inisiatif n attitude kita. Minat kita terhadap kerja tu. Ok!!!

Selesai temuduga pulak, nk buat ape??? Kita ada Allah, berdoalah kepada Dia. Jujurnya, masa temuduga sy, banyak soalan yg panel tnya sy jwb “tak pasti”.. mcm x de harapan je nk dapat kerja. Tp selalulah berdoa kpd Dia, “jika kerja itu adalah takdir yg baik utkku, Kau permudahkanlah” Kita tak pernah tahu ape yg terbaik utk diri kita.. Hanya Allah je yg thu.. Sebab Dia yg menciptakan kita. Kena ingt jugak, klu sesuatu rezeki tu dh tertulis ianya milik kita, tak ada tangan-tangan yg lain dapat menafikannya dari kita. Usaha, doa dan tawakkal.. itulah kuncinya.. Klu gagal pulak,  bersangka baiklah dengan Allah.. Nescaya kita tidak akan kecewa.. Insya Allah.. 


So, to all readers, hope this post can give u some guides.. All the best for your next day.. Doakan saya segera dapat confirm jawatan.. nk smbung study lg klu diizinkan..
 Syukran.. Jazakallah.. Wassalam..

Saturday, April 23, 2011

IMAM MUDA.. AKU TERUJA!!!

IN THE NAME OF ALLAH, MOST GRACIOUS, MOST MERCIFUL...


Assalamualaikum.. Pejam celik, sudah hampir 3 bulan aku di negeri org.. Demi sesuap nasi.. Apepon, entry kali ni, x mo citer pasal kerja dan sabah.. maybe lain kali.. sebab sy betol2 teruja dengan rancangan IMAM MUDA, yg telah memecah tradisi, menggempakkan dunia penyiaran negara.. SYABAS dan tahniah kpd tenaga kerja Astro Oasis, kerana telah menyediakan 1 program yg bermanfaat kpd masyarakat. Imam Muda musim pertama, sy x dpt nk saksikan sebab waktu tu masih di polisas.. X pasti sama ada di semester akhir @ sedang mengikuti kursus halal HDC.. Sekarang, untuk musim kedua, Alhamdulillah saya dapat menyaksikannya. 

Baru - baru ni, umum sudah tahu semua peserta imam muda musim ke 2 semasa majlis pelancaran imam muda.. Semua muka bersih blako.. Pada pandangan kita, mereka itu adalah pilihan juri, tapi hakikatnya mereka adalah pilihan Allah S.W.T. Semoga berjaya semua.. Semoga populariti itu dijadikan platform yg betol utk berdakwah, dan elakkan fitnah.. Sesungguhnya jarum syaitan itu sangatlah halus... jadi, jom layan lagu tema Imam Muda musim ke-2 ni, ciptaan Edry KRU yg bertajuk "hambamu" nyanyian Mawi feat Akil Hayy.. key lagu ni tinggi.. Phew... TERBAEK!!!! 


bg mereka yg line internet slow, ni lirik lagunye.. selamat mendengar!!!!

~HAMBAMU~  Mawi feat Akil Hayy, Official Song Theme Imam Muda II

Ho..ho..
Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

usaha dengan doa
masanya akan tiba
dengan restu ilahi
kelak pasti akan ditemui

suluhkan cahaya di hati terang
tunjukkan jalan seandainya hilang
tegakkan perjalanan yg bakal di tempuh
tegakkan semangat bila runtuh
setibanya disisi utk berserah
terimalahku  hambamu allah

ho ho ho…
sekiranya takdir menguji
cekalkanlah hasrat di hati
semoga kesusahan bisa
mengajar erti terus azam

Friday, February 11, 2011

Halal Executive Program Part II (PAID KUANTAN)

IN THE NAME OF ALLAH, MOST GRACIOUS, MOST MERCIFUL...


AssalamualaikuM..KetiKa entry ni ditaip, saya masih punya baki 3 hari di semenanjung.. Insya Allah, 15/2 ni, saya akan ke Sabah.. untuk bekerja..Moga Allah permudahkan segala urusan Insya Allah.. Jadi, sebelum ke sana, eloklah saya habiskan entry about the HEP.. Entry ini khas buat warga PAID Kuantan.. huhu...

Jadi, al-kisahnya.. Usai 3 bulan kuliah, tibalah masanya untuk proses praktikal selama 3 bulan.. Tempat praktikal pulak pihak HDC yang tentukan.. Boleh je klu nk cari sendiri.. tp dh agak last minit dan tak tahu kt mana tmpat yg sesuai di kuantan ni utk praktikal halal.. So, hanya berserah dan berdoa je kpd Allah agar Dia kurniakan tempat yang terbaik.. Kerna Dia adalah sebaik-baik perancang.. Dan 1 petang, saya dapat call daripada Ust Elyas, memberitahu saya ditempatkan di PAID Kuantan, di bawah Ust Arief Aizat , (unit halal).. 

 (bersama supervisor, Ust Arief Aizat)

Bermula pada penghujung oktober, (tarikh x ingt) saya bersama Cik Atikah Mazehan pergi melapor diri di PAID Kuantan ni..  Time lapor diri, terjumpa la pulak dengan sorng kakak ni.. Lagak mcm staf, rupenye student praktikal jugak.. Kak Adani a.k.a Warid Adani.. huhu.. Jadi, trio budak praktikal ni pun jd rapat.. Time makan, lepak kat pantry, etc mmg klu boleh bersama.. 1Kepala?? mungkin kot.. Sangat seronok.. Berkongsi cerita, sedih dan gumbira... 

 (trio practical student PAID, kak dani, saya dan tikah)

Dipendekkan cerita, skop tugasnya of kos tentang halal.. Tiap kali ada lawatan dan pemantauan halal, maka kami secara langsung terlibat... Banyak jugak pengalaman praktikal kt sini.. Operasi  halal pukul 3.00am.. itu yang best.. bangun awal2 pagi.. Cegah maksiat?? Ada!!! tp x boleh kongsi di sini.. Aib org.. huhu.. Kat PAID jgak, byk ragam manusia dapat saya belajar.. Ragam kehidupan berumah tangga.. 

 (Bersama Ust. Mawi)

BerdaMping pulak dengan Ust. - ust kat sana.. banyak cerita dari pengalaman yang dikongsi termasuk yang saya lihat sendiri.. Even under halal ticket, but i got too many experiences here!!! Thank You Allah!!!

(inspection halal kt sebuah kilang)

1 pengalaman yang boleh dikongsi disini, ada pulak kena perform nasyid.. untuk anugerah masjid terbersih daerah kuantan.. 3 hari sebelum majlis, maka saya dan staf2 PAID yang vogue mula berlatih nasyid.. Thanks to Jaja and Muslim Voice yang banyak memberi tunjuk ajar dan komen2 yang bernas lg pedas.. huhu...Sory la banyak2 klu x best.. huhu.. Ni video nasyidnye.. Kump An-Nur Al-Hanj..Credit to Warid Adani cos tolong rakam.. hehehe...


Time praktis dgn time perform mmg beza.. huhu.. Maybe sbb msg2 nervous kot.. huhu
 

So, setelah 3 bulan, tiba masanya untuk berpisah.. Ada pulak majlis perpisahan untuk Practical students.. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kpada Staf Paid Kuantan kerana sudi menerima dan memberi tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas.. Maafkan segala kekasaran yang sengaja @ tidak.. Kepada ust aizat, terima kasih byk2 sepanjang prtemuan kita.. Sokmo belanje makan.. =) ada masa, nant kita jumpa lagi.. 

(bersama Jaja Ishak yang vogue)

Kepada rakan2 praktikal, kak dani, n atikah, semoga kalian dapat keje yang best..tak lupa juga pada Tuan Nizam, Tuan Nasha, Kak Dini, Kak Dik, Kak Mas, Mama, Jaja, Apis, Ust Fahmi, Ust Mawi dan yang lain2..  All the best to you all!!!

(Fadil, Apis, n Ejad)

 (Ust. Fahmi, saya dan Ust Najmi)

Monday, February 7, 2011

HALAL EXECUTIVE PROG (PART I)

Assalamualaikum semua.. lama jari jemari ni tak menari kat atas keyboard nih utk masukkan post terbaru.. posting terakhir sekitar julai 2010.. mmg lama tinggal blog ni.. bersawang dah.. semenjak ada facebook, mmg agak terbiar alfadhez ni.. Jadi, entry kali ni, i wanna share about my quite latest activity.. pejam celik, usai 3 thun pengajian Diploma Sains & Teknologi Makanan.. apply U x dapek.. Takdir Allah.. Dia sudah merencanakan yang terbaik.. Insya Allah.. Even x dapat masuk U, saya x ddk saje.. Join Halal Executive Program.. Conducted by HDC, under MITI.


So, dipendekkan cerita, actually kursus ni adalah untuk memantapkan dan meningkatkan integriti Halal Malaysia.. Mmg byk kebaikan dalam kursus ni. So, kpd mana2 indvidu yg amek kos Food n Tech, dan kos Hotel n katering x kesah la mdr mana institusi pon, klu anda diberi ruang dan peluang, join la kursus ni.. Antara tugas foo technologist kt kilang swasta n hot cat yang akan keje kt hotel, salah 1 job scopes anda adalah menguruskan persijilan halal bg company anda.. so, this thing x de dlm silibus. so, ia amat2 membantu.. Other than tat, ada dlm klausa 3.1.1 klu x silap, Malaysian Standard (XXXX:XXXX) dh x ingt, ada mnyatakan stiap indstri yg nk apply halal kna ada halal exec.. So, 1 advantage untuk anda..

...HEPian sedang menjawab exam...

Tempoh kursus ni 6 bulan. bulan kuliah, dan 3 bulan praktikal.. Dalam tempoh kuliah tu, ada jgak lawatan.. Belajar pon ok.. elaun pon dapat.. Bila dah habis kuliah, ada exam.. So, it's so simple.. Juz like A,B,C.. huhu..

(Lawatan HEPian ke HDC dan Industri Halal)

Lawatan HEPian ni sekitar KL dan Shah Alam.. Jd, kami menginap di Hotel Bluewave.. Terbaik lah!!! All sponsored.. itu yg penting..


Antara tempat yg kami pergi adalah Muzium Roti Hi-5.. great xperience!! surely!!

Background gambr mcm kt Mesir je.. opps.. ni pict kat luar Muzium Roti Hi-5 tu..

Next, melawat IPPH.. (institute penyelidikan produk halal, UPM)

Jalan-jalan di sekitar bangunan IPPH.. Am i alone?? where's the other guys??


.Photo shoot di Lobby IPPH.


dan tempat terakhir yang dilawati, HDC sndiri.. dekat Bandar Utama.. Berjiran je dgn TV3. Itu la serba sdikit xtvt lawatan HEP under HDC ni.. blom habis lgi ni.. ada lg.. Ada pulak kem HEP sblom habis praktikal.. Held at cherating bay resort.. yg x bolh lupa, dinner time kem tu, ada plak award yg x disangka-sangka.. King Of The Night??? hehehe..

Pakai casual je malam tu.. juz sje2 ikut Faizal Tahir, pakai bju superman.. Kemeja hitam, jeans dan slipar.. yang undi plak tenaga pengajar HDC.. huhu.. TQVM!!!
so, that's all kot.. nk tulis byk2, x rti.. lgpon, maybe readers akan boring.. so, tgk je la gmbr.. itu cukup kot untuk menceritakan apa yg brlaku.. Akhir kata, thanks to all HEP members, tnaga pngajar dan mana2 individu yg terlibat dgn Halal Executive Program.. wsalam