Jadi, tahun 2012 pemansuhan itu akan dikuatkuasakan, bermakna masih ada lagi 2 genrasi tikus putih yang akan dikorbankan.. meminjam kata-kata sasterawan negara, iaitu Dato' A. Samad Said dalam harakah,

"Apa yang diumumkan oleh Muhyiddin itu hanya menangguhkan pemansuhan PPSMI bukan memansuhkannya terus."Jika benar mansuhkan, sepatutnya tahun depan semua pelajar tahun satu, tingkatan satu dan tingkatan empat sudah mula belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu."Alasan mengatakan untuk mansuhkan perlu ambil masa tidak logik kerana ketika Perdana Menteri keempat dahulu mahu laksanakan hanya boleh ambil masa enam bulan, kenapa Perdana Menteri keenam perlu ambil masa tiga tahun untuk mansuhkan?" soal beliau.
Beliau juga menegaskan tidak ada sebab bagi kerajaan menangguhkan pemansuhan dasar tersebut hingga ke tahun 2012 sedangkan ketika mahu melaksanakannya ia boleh dilakukan dalam tempoh enam bulan.Pengumuman Menteri Pelajaran, tegas beliau, bersifat mengumpan rakyat untuk menghadapi pilihan raya kecil Dun Manek Urai dan juga pilihan raya umum ke-13 nanti.
Pada hemat saya, tidak perlulah mempelajari subjek yang sukar dengan cara yang sukar, sedangkan cara yang lebih mudah dan lebih praktikal dapat dilaksanakan.byk yang perlu "disetelkan" sekiranya pembelajaran subjek math dan sains ini ingin diajar dalam bahasa inggeris, antaranya pelajar perlu mengetahui lebih bayak vocab @ kosa kata, menghafal fakta dalam bahasa inggeris yang terkadang "pronoun"nye pon tak betul, dan juga grammar (tatabahasa).jika ingin dikatakan wajar ia dilaksanakan atas dasar "challange", we hav 2 think bout it twice, or more than it!!! wajarkah anak kecil yang baru mengenal dunia persekolahan, dan terkadang bercakap dalam bahasa melayu pon masih pelat, kita ingin memaksa mereka untuk bercakap dalam bahasa inggeris... ???sebenarnya, jika dilihat, silibus pelajaran yang sedia ada pon sudah mencabar bagi kanak2 ini...


jika diperinci, sistem pendidikan kita sekarang memerlukan nafas baru.... saya terfikir, mengapa diperingkat IPT, subjek agama ini sekadar menjadi subjek sampingan sahaja... sbg contoh, saya di poli ni,, mengapa subjek agama hanya ada sehingga semester 3 sahaja..? kita perlu ingat, ilmu agama ini perlulah dipelajari selalu kerana agama ini adalah panduan dalam kehidupan.. remaja sekarang memerlukan makanan rohani bagi mengelakkan mereka terjebak dgn aktiviti2 yang tidak bermoral. jika subjek agama hanya ada sehingga semester 3, adakah kita boleh menaruh kepercayaan kepada remaja @ siswa2 ini bahawa mereka akan mencari ilmu agama atas dasar inisiatif sendiri iaitu dengan menghadiri ceramah agama atau sebagainya??? huh,, saya rasa itu jauh sekali... jika dilihat di masjid pn, ahli khairiah masjid kini ketandusan generasi muda dan hanya diimarahkan oleh golongan yang berusia..

tak guna ada mata jika tak mampu melihat,
tak guna ada akal jika tak mampu berfikir,
tak guna ada ilmu jika tak reti nak beramal...
wallahu a'lam...
No comments:
Post a Comment