Saturday, December 5, 2009

JOM.... KEM REMAJA UNGGUL (KRISTAL 09)


...IN THE NAME OF ALLAH, MOST GRACIOUS, MOST MERCIFUL...

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH


Selaku urusetia yang menguruskan bahagian Publisiti dan Hebahan, sukacita saya mengajak pelajar-pelajar lepasan SPM/STPM dan STAM khususnya, ke program "Kem Remaja Unggul (KRISTAL '09)" yang dianjurkan oleh Yayasan Dar Al-Quran, Temerloh. Program ini bertujuan :
  • mendedahkan kepada peserta dunia kampus sebenar
  • sebagai persediaan kepada peserta menghadapi cabaran dan dugaan di universiti
  • membantu peserta memilih universiti yang sesuai dengan kursus pilihan mereka


Dengan bertemakan "MELANGKAH MENUJU MASA DEPAN DENGAN PASTI", program mengajak remaja Islam mengenal IPT ini akan diadakan sepertimana ketetapan berikut :


Tarikh : 18-20 Disember 2009
Tempat : Sekolah Islam Al-Irsyad, Kuantan
Yuran : RM30


Untuk pendaftaran boleh menghubungi


Nazrul, pengarah program ( 014-8403658)

Adibah, S/U program (019-9308783)

Asyraf, Publisiti (014-8408128)

Sunday, November 15, 2009

SUKA DUKA LIBURAN DI PANGKOR...



IN THE NAME OF ALLAH, MOST GRACIOUS, MOST MERCIFUL...

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH WAMAGHFIRATUH WARIDHWANUH TO ALL READERS....


Posting kali ni nampaknya bukanlah berkenaan “wanita & perfumes” sepertimana yang telah saya rencanakan untuk diutarakan dalam posting sebelum ini (rujuk perenggan akhir post sebelumnye). Adapun, kita hanya merancang, namun Allah yang menentukannya... tajuk post itu bagi saya agak berat untuk dibincangkan dan saya memerlukan masa untuk mencari huraian-huraian yang berkaitan walaupun hadis-hadis yang berkaitan dengan “wanita dan wangi-wangian” telah ada dalam simpanan saya... Kesibukan dikala semester akhir dan di penghujung semester ini, ditambah pulak dengan kekalutan menyiapkan projek akhir dan jemputan nasyid agak menghadkan penglibatan saya untuk menulis di laman blog ni....

Jadi, kali ni, sekadar perkongsian dan untuk “mengupdate”kan blog yang telah sekian lama sunyi sepi tanpa sebarang post, saya nak kongsikan suka duka saya semasa lawatan di Pulau Pangkor beberapa hari yang lepas bermula 13 – 15 november..








So, dimulakan dengan kisah duka, bas yang kami naik telah mengalami kerosakkan akibat “belt kipas” yang terputus menyebabkan enjin bas menjadi panas dan tidak dapat berfungsi... Perjalanan yang bermula dari pukul 11.30pm dari polisas telah tergendala di Tapah, pada jam 5.00 am. Time tu, ada la plak sahabat yang berbunyi “end of story...” hahaha... Dalam kotak fikiran saya, mungkin masa tu vacation ke pangkor akan jadi satu mimpi ngeri iaitu vacation di Highway Tapah...



(don't try dis at highway.. hehe.. sape la yang baring ni.. ishk3...)

(ni kalau balik poli mesti kena gelak nih..) Lokasi bas kami rosak hanya 2 KM dari RNR Tapah, dan tanda kenangan tu memang senang nak ingat sebab dekat dengan iklan beras Jati yang besar kat tepi jalan.. hu~...





Tapi, walau macam manapun, kat situ kami dapat pengalaman yang berharga iatu dapat sembahyang dekat laluan kecemasan highway... siap berjemaah lagi... so, kata En. Ramli, “takde alasan nak tinggal solat even kat highway..” dengan berbekalkan air mineral, kami berwudhu’ dan bersejadahkan jalan tar... syahdunye.......... akhirnya, lebih kurang 9.00 am, baru kami dapat jalan smula setelah bantuan sampai dan belt kipas yang putus tu pon diganti.. Alhamdulillah....



(handphone nokiaku yang aku tak ingat model ape, dh tinggal kenangan.. jadi bahan sejarah)


Kisah duka kedua, berlaku atas individu, iaitu diri ini sendiri.. huhu.. sesampai je kat pangkor, petang tu lebih kurang pukul 3.00pm, kami mulakan dengan aktiviti snorkeling..


cukup excited sebab dapat menyelam kat laut yang airnya jernih.. tapi, entah apa la malang nasib koi, koi menyelam skali ngan beg, yang dalam beg tu ada skali handphone ngan dompet... wa.... sedey weh... so, handphoneku skrg ni dh jd “arwah”, jadi bahan hiasan je kat meja.. kompom dah rosak.. SIMCARD tak taw la elok ke tak, sebab tak cek lagi... tapi yang lain, Alhamdulillah.. still boleh guna.. huhu~...

************************************************************************************

Kisah suka pulak... biasa la kan, pegi jalan-jalan, mesti la ada best.. tengok panorama ciptaan Allah.. Subhanallah... cukup indah.. so.. ini antara gambarnya.. thank you to zik,zul and sairi selaku photographer sepanjang vacation ni...


(ni bukti gi pangkor.. koi tak tipu ea.....)


(gambar kat jeti Lumut, pukul 12.30pm.. capek bangat sih...)



(OTW ke pulau pangkor ngan naik Feri.. Ni 1st time.. huhu..)

(gambar candid by zik. koi kabo ke acak :awok nampk tak tu... kapal besor nu...!!)


(ni la gambo kapal yang koi kabo ke acak tu.. besor!!!!)






(amri ngan aksi ala-Titanic.. hahaha)



(ni gambar sunset paling cantik penah koi ado.. Time ni x de mood pon nk begambo sbb hanphone rosak.. thanks skali lagi to zik.. nice shot ma!!!!)





(koi ngan zik berkayak kat laut.. zik sponsor.. haha.. RM15 kena bayar... banyak betol jasa ko zik!!!)


(pekena cendol jagong Lumut sebelum balik ke Pahang)



(tetinggal 1 gambo.. time ni, handphone dah arwah... ada gaya muke sdey tak?? huhu)

so, moral value of the story, kehidupan terpaksa juga diteruskan walaupun tiada handphone disisi... setiap perkara yang terjadi ado hikmahnye...sekian.... wassalam...




Sunday, October 18, 2009

"KALAU TUHAN TU BAIK, KNAPE CIPTA NERAKA?"

IN THE NAME OF ALLAH, MOST GRACIOUS, MOST MERCIFUL..

ASSLAMUALAIKUM

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam.Saya sekadar berkongsi cerita ini daripada e-mail yang saya dapat.. harap bermanfaat kepada semua pembaca..

Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dlm setiap operasi sebegini,seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005,seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, Ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga. kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."


Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka takada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga.. Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, Ustaz tu pun jelaskan ."perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semuaorang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" tanya ustaz.


"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.


so, kesimpulannya.. jagalah aurat.. kalau kita rasa kita ni cantik, maka jagalah amanah
yang ALLAH bg tu.sbgai tanda syukur kita pada yang Esa,
ikutilah perintahNya.. jagalah adab dalam bertabarruj... brhias diri itu tidak salah,
tp kenalah pada tmpatnya.. pada insan yang sepatutnya..
Wallahu a'lam... semoga bermanfaat...
(next posting.. wanita dan perfume... insya allah)

Monday, October 5, 2009

.:BERJAYAKAH KITA?:.

IN THE NAME OF ALLAH, MOST GRACIOUS, MOST MERCIFUL..

ASSALAMUALAIKUM....

sudah lama rasanya blog ni tak di "update"... tiada perkongsian sepanjang ramadhan, dan tiada perkongsian tentang sambutan syawal.. Jika anda solat hari raya, begitu juga saya. jika anda makan kuih raya, begitu juga saya. jika anda makan lemang dan rendang, begitu jugalah saya.tergerak hati ini untuk memberi sedikit perkongsian kali ini, walaupun dalam kesempitan, Alhamdulillah, ada sedikit kesempatan.. biarpun sedikit, tp moga2 posting kali ini dapat memberi sedikit manafaat..


"APA GUNA Ph.D BERKALI-KALI, ANDAI TIKAR SEMBAHYANG PUN TAK KAU KENALI, APA GUNA Ph.D BERKALI-KALI, ANDAI MAJID PUN TAK PERNAH KAU JEJAKI, APA GUNA Ph.D BERKALI-KALI, ANDAI SYARIAT PUN ENGKAU LANGGARI!!!"

kita yang hidup di dunia ini, andai Ph.D menjadi ukuran kejayaan, adakah kita ini benar2 berjaya walaupun islam kita ketepikan? inilah persoalan yang ingin saya lontarkan.. brape ramai orang yang berjaya, yang memiliki Ph.D, tp menggunakan kebijaksanaan utk menentang Allah? brape ramai org yang memiliki Ph.D, tp tak taat perintah Allah??? dlm azan itu sendiri, laungan "haiyya as-solah..." [marilah menunaikan solat] mendahului "haiyya lal falah.." [marilah menuju kejayaan].. kejayaan yang dicapai tanpa islam, adalah kejayaan yang BATIL!!!

kemudian, Allah berfirman lagi dalam surah al-Mukminun:-

قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (١) ٱلَّذِينَ هُمۡ فِى صَلَاتِہِمۡ خَـٰشِعُونَ (٢) وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَنِ ٱللَّغۡوِ مُعۡرِضُونَ (٣) وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِلزَّكَوٰةِ فَـٰعِلُونَ (٤) وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِفُرُوجِهِمۡ حَـٰفِظُونَ (٥) إِلَّا عَلَىٰٓ أَزۡوَٲجِهِمۡ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُہُمۡ فَإِنَّہُمۡ غَيۡرُ مَلُومِينَ (٦)

Maksudnya:-

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. (1) Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. (2) Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. (3) Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). (4) Dan mereka yang menjaga kehormatannya. (5) Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela...



saya pon x tahu, knapa zaman skrg org terlalu mengukur benda ni.. pernah juga saya lihat org2 di sekeliling saya yang bijakpandai, tp %$#$^#.... wallahu a'lam... ada saya bertanya pada shbt2 yg berada di matrikulasi, mcm mana keadaan kt sana.. reaksinya... agak negatif... dlm konteks kehidupan skrg, jalan trbaik adalah kembali kpd agama... segala perkara yang ALlah gariskan, semuanya adalah yang terbaik ... disini, bukanlah sy nk kondem org yg blajar kat matrik @ yg ada Ph.D, dan bukan semuanya begitu... cume bg saya, mentaliti skrg ni perlu diubah..


kpd sesiapa yang tidak brape nk cemerlang dalam akademik (mcm saya kot) pujuklah diri, bahawa diri kita bukanlah org yang gagal jika kita masih belum mengoyak syariat ALlah.. dan bg mereka yang cemerlang, bersyukurlah atas nikmat ALlah.. gunakanlah anugerah itu dgn sebaiknya.. anggaplah anugerah kebijaksanaan itu sebagai amanah untuk memartabatkan agama dan bangsa... WALLAHU A'LAM...

Thursday, September 10, 2009

MENJAWAB SOALAN TAG...

IN THE NAME OF ALLAH, MOST GRACIOUS, MOST MERCIFUL..
Assalamualaikum...

Sebelum nak mula buat assignment,lab report,pikir final projek, masalah ummat, or somethin else, update la kojap blog ni.. huhuhu.. dh lama rasenye x meng"update" blog.. mostly 1 month.. bizi gak bulan ramadhan ni.. alhamdulillah.. ada gak masa free.. ingat 5 perkara, sblm 5 perkara.. antaranya lapang seblm bizi..

posting kali ni, nk menjawab tag dr shbt sy, zikri alias.. kpd zik.. aku jwb borong 2 tag ko.. hahaha.. dah lama kena tag, tp la ni bru ada masa nk jwb.. motif tag ni agak bgus.. dapat ta'aruf kwn-kwn.. sterusnya, tafahum, yakni memahami hati shbt.... soalan tag ni pon agak personal.. nk tnya live, mayb x terjawab... so... ni la tentang aKu... boleh la copy-paste posting ni... untuk rujukan masa depan...

1) Nama timangan anda..


dil (mY aBah pnggil)

padil (kwn2 pnggil)

pok de (dgn anak sdara)

fadzli (org yg silap dengar nama saya)


2)Anda seorang yang...

serius, pemarah (ikut abah)
sensitif, mudah terasa,mudah nangis (ikut mak)
suke memendam (ni diri sndri punya pe'el)
suka baby n budak2 umur 40 hari-5 tahun, lps pd tu x suke sbb nakal


3)Lagu feveret

nasyid
kitaro
japanese anime theme

4)Makanan kegemaran



laksa penang & sambal petai =)

5) Warna kesukaan....

hitam combined merah
pink combined hijau
putih combined merah
HIJAU COMBINED PUTIH

6) Benda yang mesti ada dalam beg

beg duit ada duit la, tp x lbih dr RM100
beg laptop ada laptop la
beg balik kampung ade bju raya (nk balik, wa...)

7) Kali terakhir anda menangis

time tekanan 1 ogos
kem KeMas.. time muhassabah diri, 6 sept

8) Sikap yang buat anda strezz

orang yang menganjing aku lebih2, padahal aku x usik dia pon.. HUH!!!
suka dok ngata orng, padahal "org tu" yang lebih
dibuli (sy bekas mangsa bli masa form 4 n 5 dulu) sdey sgt!!! adakah mereka jeles kerna aku Kacak??? hahahaha

9) Suka masak???



walaupon kos aku diploma teknologi makanan, tp aku bukan suke memasak.. just memasak time waktu2 penting je.. stakat tolong potong2 bwng boleh la... hahhaa

10) Masakan istimewa anda untuk yang tersayang adalah.. (2 jenis)

mmg ada 2 jenis je pon.. 1st, ayam masak merah.. 2nd, tom yam.. menu ni aku masak time my bunda n ayahanda pegi umrah.. time tu baru sem 1 kat poli.. aku masak untuk adik2 aku yang tersayang... ana, ani n ecah... ni la org yg tersayang.. klu bab cewek tu, msh blm punya ya!!!


11) Makanan istimewa yang anda suka waktu Raya? Kenapa? (2 jenis)

1- pulut pasong (org banjar punya makanan)
2- rendang daging

sbb ape??? sbb sedap la... lg 1, exclusive time raya je sng jumpe..

12)Kuih raya kegemaran anda dan si dia?

1- almond london
2- kerepek bawang

* "si dia" tu cewek ke?? klu cewek, x de dlm senarai, sorry ea...

13) Tayang sikit gambar masakan dari anda..hehe..


time tu x de duit lg nk beli hp ada kamera..
so, x tgkp la gmbr masakan tu.. maybe next time..


tag rakan2 anda

saudara syafiqe (NUCLEUS blog)
saudari atikah (Nurul Islam Sensei)
saudara luqme (Munajat Seorang Hamba)
saudara Wan Safuan (Abusafuan blog)
kpd kalian yang terpilih, sila jalankan tugas sebagai seorang blogger yang telah di tagged. Haha... Caranya, hanye menjawab soalan² yang diseneraikan. Copy n paste je... Tq! Tugas hamba dah selesai. adios...

Saturday, August 15, 2009

aKu, IkHwaN & kEnAngaN

IN THE NAME OF ALLAH, MOST GRACIOUS, MOST MERCIFUL..

Semester baru untuk Julai 2009 baru seminggu bermula... segalanya "baru"... byk perkara seolah-olah tertangguh. itulah penangan H1N1. Sepatutunya kuliah dah start 2 minggu. tp kena kuarantin.. proposal final projek pon buat dalam tergesa-gesa.. adoi.. tp alhamdulillah, setakat ni semuanya berjalan lancar... minggu ni x lah sibuk sngat. cari sampel untuk final projek pon dah beres semalam.. stakat ni, yang nmpak x beres, cuma dgn "IKHWAN".. guane la IKHWAN semester ni.. can we survive??hahaha... sekarang ni, IKWAN cume ada 3 orang je. saya, asyraf, n alif.. eh, IKHWAN ni ape ea??? huhu.. IKHWAN ni kumpulan nasyid poli saya ni lah... dulu ada 7 orang. tp mimi, zik, hafiz, ngan nik dah grad.so, kena la cari pelapes...

(tgh tunggu turn wat persembahan.. nervous!!!)

IKHWAN established on july 08 if i'm not mistaken.. our 1st performance mase sambutan independent day.. ada competition.. Alhamdulillah, kami JUARA... lepas tu, byk gak aktiviti ikhwan kat poli ni.. wat persembahan untuk majlis, (masyuk gak time tu) n time pertandingan nasyid IPT negeri, IKHWAN dapat no. 2.. jd runner jer.. x de rezki nk juara.. tp, yang khilafnye, beza cume 1 mata je dgn yang juara tu.. komen juri, IKHWAN ni x senyum masa nyanyi.. hahaha.. klaka pon ade rasenye.. x taw la.antara nervous, @ sbb lagu yang kami bwk mase competition tu sedih.. untuk makluman, time tu, lagu yang kami bawak adalah Keredhaan, (inteam) n lagi 1 lagu, Menanti di barzakh, (Fareast)... so, kalau nk ikutkan, x kan la nyanyi lagu sedih nk senyum.. hahaha... tp x pe... layan je..

(time penyampaian hadiah, naib johan)

Tribute untuk abg aD n boy.. 2 orng ni macam manager kami.. boy slalu tolong adjutkan sound sistem.. juga sbg tukang amek gambar.. huhu.. trimas la boy.. jasamu akan ku kenang.. tp sory ea boy, gmbr ko x de dalam posting ni.. hanay ada dalam ingatan je...

Untuk abg aD, slaku jurulatih kumpulan.. trima kasih byk2 sbb byk bagi tunjuk ajar. even x bergaji.. sowie... x de duit nk bayor.. hehehe...abg aD ni hebat.. ada 1 poli tu siap upah artis nasyid untuk train budak dia.tp kami ngan abg aD je.. tp ttp mantop.. Moga impian kite nk realisasikan album sulung IKHWAN menjadi realiti...



(abg aD n me)

Kat bawah ni, gambar time praktis.. bilik multimedia jadi mangsa.. hahaha.. sampai kena "sound" ngan felo sbb bising sgt..hahaha.. bukan sebab x best ea.. sbb bunyi alatan perkusi yang kuat sgt.. ape pon, disiplin ni perlu untuk berjaya... time praktis mmg ada yang x serius.. kdg2 ada msg, ada calling la.. ntah ape2 ntah.. tp nk wat guane, ahli IKHWAN ni mmg "somebody" kat poli ni... terutamanya si Zik.. bizi sokmo mamat tu..




so, to all readers, hrp2 antum semua dapat doakan kejayaan IKHWAN selalu.. nak jadi JUARA tu mudah, tp nk mengekalkan kejuaraan itu payah..

Friday, August 14, 2009

CANTIK YANG DILAKNAT (PART 2)

IN THE NAME OF ALLAH, MOST GRACIOUS, MOST MERCIFUL..

Bertatu dan mencukur alis/kening

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya, "Allah mengutuk (melaknat) perempuan yang bertatu atau minta di buat tatu, yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, perempuan yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah." (Hadis riwayat Thabarani dan Ibnu Mas'ud)




Maksud mengubah ciptaan Allah SWT ialah membuat perubahan pada ciptaan Allah yang telah sempurna secara pandangan umum dan adat atas dasar tidak berpuas hati dengan anugerah itu, bukan kerana memperbaiki atau memulihkan kecacatan. Mencabut bulu kening yang merupakan anugerah dan ciptaan Allah SWT yang sempurna dan membuat atau melukis bulu kening yang baharu selepas itu agar menepati cita rasa sendiri supaya kelihatan lebih cantik, menawan dan bergaya adalah perbuatan yang haram di sisi Islam. Jika perbuatan mencabut bulu kening itu disebabkan ia tumbuh berselerak dan tidak kemas yang amat teruk, maka hal ini tidaklah termasuk dalam erti kata mengubah ciptaan Allah SWT. Lagipun jika yang dicabut itu hanyalah yang berselerak dan bukan termasuk bulu yang dipanggil kening serta tidak membuat lukisan semula terhadapnya. Ini dilakukan atas dasar menjaga kekemasan diri bukan kerana tidak puas hati dengan ciptaan Allah SWT kerana Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.


Tatu iaitu memberikan tanda pada muka dan kedua-dua tangan dengan warna biru dalam bentuk ukiran. Sebahagian orang Arab, khususnya golongan wanita membuat tatu di sebahagian besar tubuh badan mereka. Bahkan pada masa pengikut agama membuat tatu dalam bentuk persembahan dan lambang agama mereka, misalnya orang Kristian melukis salib di tangan dan dada mereka. Perbuatan yang buruk menjadi semakin besar pengharamannya apabila ia dilakukan dengan menyeksa dan menyakiti badan iaitu dengan menusuk-nusukkan jarum pada badan orang yang dibuat tatu itu. Semua ini menyebabkan laknat, baik terhadap yang membuat tatu atau orang yang minta dibuat tatu.

Kikir gigi

Dan yang disebut mengikir gigi dalam hadis di atas, iaitu merapikan dan memendekkan gigi. Biasanya dilakukan oleh perempuan. Kerana itu Rasulullah melaknat perempuan-perempuan yang mengerjakan perbuatan ini (tukang kikir) dan minta supaya dikikir. Kalau ada laki-laki yang berbuat demikian, maka dia akan lebih berhak mendapat laknat. Termasuk diharamkan seperti halnya mengikir gigi, yaitu menjarangkan gigi. Yang disebut 'al-Falaj' (dalam hadis asal), yaitu meletakkan sesuatu di sela-sela gigi, supaya nampak agak sedikit jarang. Di antara perempuan memang ada yang oleh Allah dicipta demikian, tetapi ada juga yang tidak begitu. Kemudian dia meletakkan sesuatu di sela-sela gigi yang berhimpitan itu, supaya giginya menjadi jarang. Perbuatan ini dianggap mengelabui orang lain dan berlebih-lebihan dalam berhias yang samasekali bertentangan dengan jiwa Islam yang sebenarnya. Perlu diingat, hal menjarangkan gigi ini adalah 'trend' Jahiliyah di zaman Jahiliyah dan ia dianggap cantik.




Daripada hadis-hadis yang disebutkan di atas, maka kita dapat mengetahui tentang hukum pembedahan kecantikan seperti yang terkenal sekarang kerana bagi memenuhi selera nafsu dan syahwat, iaitu kebudayaan Barat yang amat materialististik, sehingga begitu ramai perempuan dan laki-laki yang mengorbankan wangnya beribu-ribu untuk mengubah bentuk hidung, payudara atau yang lain. Semua ini termasuk yang dilaknat Allah dan Rasul-Nya, kerana di dalamnya terkandung penyiksaan dan perubahan bentuk ciptaan Allah tanpa ada suatu sebab yang mengharuskan untuk berbuat demikian, melainkan hanya untuk pemborosan dalam hal-hal yang bersifat 'show' dan lebih mengutamakan pada bentuk, bukan inti, lebih mementingkan jasmani daripada rohani.

Bagaimanapun Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menyebut, "Adapun kalau ternyata orang tersebut mempunyai cacat yang kiranya menjijikkan pandangan, misalnya kerana ada daging tambah yang boleh menimbulkan sakit jiwa dan perasaan, maka ketika itu adalah tidak berdosa orang untuk berubat selagi dengan tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam hidupnya. Kerana Allah tidak menjadikan agama buat kita ini dengan penuh kesukaran." (Al-Halal wal Haram Fil Islam)

Susuk dan sihir

Adapun pemakaian susuk, ia dianggap lebih berat kerana ia biasanya melibatkan ilmu sihir. Susuk juga dipakai di tempat tertentu seperti muka, badan, malah kemaluan dan jika ada yang mendakwa menggunakan ayat al-Quran, jelas bertentangan dengan Islam. Melihat kepada apa yang didakwa (menggunakan ayat al-Quran), ia sama seperti bomoh melakukan jampi tetapi mendakwa menggunakan ayat al-Quran. Tentang pembelajaran ilmu sihir, al-Quran mengatakan, "Mereka belajar suatu ilmu yang membahayakan diri mereka sendiri dan tidak bermanfaat buat mereka." (Surah al-Baqarah, ayat 102)



Rasulullah SAW menilai sihir sebagai salah satu daripada dosa besar yang boleh menghancurkan sesuatu bangsa, dan dapat merendahkan darjat pelakunya di dunia ini lagi. Justeru itu Rasulullah SAW bersabda, "Jauhilah tujuh perkara besar yang merusak. Para sahabat bertanya: Apakah tujuh perkara itu, ya Rasulullah? Jawab Nabi, yaitu: 1) menyekutukan Allah; 2) sihir; 3) membunuh jiwa yang oleh Allah diharamkan kecuali karena hak; 4) makan harta riba; 5) makan harta anak yatim, 6) lari dari peperangan; 7) menuduh perempuan-perempuan baik, terjaga dan beriman." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Sebahagian ahli fiqh menganggap, sihir itu bererti kufur, atau membawa kepada kufur. Sementara ada juga yang berpendapat, ahli sihir itu wajib dibunuh demi melindungi masyarakat dari bahaya sihir. Al-Quran juga telah mengajar kita supaya kita suka berlindung diri kepada Allah dari kejahatan tukang sihir, firman-Nya, "(Dan aku berlindung diri) dari kejahatan tukang meniup simpul." (Surah al-Falaq, ayat 4)
Peniup simpul salah satu cara dan ciri yang dilakukan ahli-ahli sihir. Dalam salah satu hadis dikatakan, "Barangsiapa meniup simpul, maka sungguh ia telah menyihir, dan barangsiapa menyihir maka sungguh dia telah berbuat syirik." (Hadis riwayat Thabarani dengan dua sanad; salah satu rawi-rawinya adalah thiqah)

Susuk ini ada persamaannya dengan peniup simpul ini, iaitu dijampi susuk itu dan kemudiannya di masukkan ke dalam tubuh. Jelas, bahawa pemakaian susuk amat mampu mempengaruhi seseorang itu agar mempercayai adanya kuasa lain selain kuasa Allah. Ini juga telah diharamkan melalui hadis-hadis yang sahih sebagaimana pengharaman kepercayan kepada tangkal dan menggantungnya. Pemakai susuk akan mula percaya dan seterusnya bergantung kepada susuk digunakan dalam kehidupan hariannya. Ketika itu, jelas mereka dalam keadaan syirik dan menanggung dosa besar.
Kesimpulannya, Islam tidak menghalang umatnya kelihatan cantik, malah menggalakkan umatnya menghias diri, namun ia perlu mengikut cara dibenarkan dan tidak membabitkan perbuatan syirik seperti memakai susuk mahupun pembedahan plastik dan botox. Hanya rawatan ke atas penyakit yang tidak boleh sembuh dengan sendirinya sahaja yang diharuskan seperti memasang gigi palsu di tempat gigi yang rongak (bukan mematahkan gigi dan menggantikannya dengan yang lain), mengatur susunan gigi yang tidak tersusun (tapi bukan mengasah atau mengikir)...

"kecantikan menarik perhatian, tp personaliti menarik hati"

Tuesday, August 11, 2009

CANTIK YANG DILAKNAT (part 1)

IN THE NAME OF ALLAH, MOST GRACIOUS, MOST MERCIFUL..

Salam serta selawat ke atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga baginda serta salam kepada para sahabat yang berjuang menegakkan Islam di muka bumi ini.


Rasulullah SAW menggambarkan keindahan agama yang dibawanya dapat difahami daripada sebuah hadis yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan." (Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmidzi) . Allah sukakan kecantikan dan seterusnya menggalakkan umatnya berhias dengan pakaian yang cantik untuk mengerjakan ibadah, seperti dalam firmannya yang bermaksud, "Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke masjid (atau mengerjakan sembahyang), makanlah dan minumlah, dan jangan pula kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai akan orang-orang yang berlebih-lebihan (melampaui batas)." (Surah Al-A'raaf, ayat 31)

Manusia pun sentiasa sukakan sesuatu yang cantik. Mahukan pakaian yang cantik, perhiasan yang cantik, suami yang cantik (hensem la tu), isteri yang cantik, rumah yang cantik, kereta yang cantik dan macam-macam lagi. Binatang juga sukakan kecantikan, lihatlah burung merak yang kelihatan megah dengan bulunya yang cantik berwarna-warni, malah ayam jantan cuba memperagakan bulu dan badannya yang cantik untuk memikat ayam betina kerana ia tahu bahawa ayam betina sukakan kecantikan.
Cantik dan berhias itu memang dituntut Islam. Islam tidak suka umatnya selekeh, kusut masai dan tidak terurus. Rasulullah SAW sendiri seorang yang sangat kemas, kacak dan menarik sekali, malah senang mata apabila melihatnya. Sering dituntut malah menjadi kewajipan isteri berhias diri untuk tatapan suami tercinta. Apabila bercerita mengenai cantik dan semua orang hendak cantik, bertepatan pula dengan fitrah manusia yang memang hendak cantik saja dan asal cantik. Justeru, kemajuan perubatan mengambil kesempatan. Dengan penemuan moden dan kebolehan doktor membantu 'cepat cantik' dengan suntikan botoks dan sebagainya.


Dapat kita lihat pada masa kini, remaja dan kalangan artis dan isteri-isteri yang mula meningkat usia, demi cantik atau karier sanggup berbuat apa saja. Keinginan mahu cantik itu tidaklah salah tetapi yang kena difikirkan juga ialah caranya biarlah tidak bercanggah dengan syariat Islam. Islam melarang keras sebarang pengubahan ciptaan asal bahagian tubuh seseorang yang dilakukan dengan alasan untuk kelihatan cantik atau lebih cantik selain bertujuan kosmetik. Bagaimanapun, jika ia dilakukan dengan tujuan perubatan akibat kemalangan dan kecacatan, hukumnya menjadi harus.

Jelasnya, tujuan yang dibenarkan adalah bagi memperbaiki organ tubuh yang rosak akibat trauma kemalangan selain untuk mengembalikan kecacatan kepada kejadian tubuh manusia normal. Dalil yang mengharamkan pembedahan plastik untuk tujuan selain kesihatan berdasarkan ayat 117 hingga 119 surah an-Nisaa' iaitu Allah berfirman yang bermaksud,

"Apa yang mereka sembah selain daripada Allah itu tidak lain hanya berhala dan (dengan menyembah berhala itu) mereka tidak menyembah melainkan syaitan yang derhaka, yang dilaknati Allah dan syaitan itu mengatakan, 'Demi sesungguhnya aku akan mengambil daripada kalangan hamba-hamba- Mu, bahagian yang sudah ditentukan (untuk menjadi pengikutku). Dan demi sesungguhnya aku akan menyesatkan mereka (daripada kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak) lalu mereka benar-benar memotong telinga binatang itu dan aku akan menyuruh mereka (merubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka merubahnya.' Barang siapa yang menjadikan syaitan menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata."

Ulama tafsir memiliki tiga pendapat mengenai takrifan 'merubah fitrah kejadian dan apa jua yang sudah ditetapkan Allah' iaitu mengubah bentuk tubuh dan organ haiwan serta manusia; mengubah tugas atau fungsi sesuatu seperti menjadikan batu atau matahari sebagai Tuhan dan mengubah syariat Islam iaitu menghalalkan yang diharamkan Allah serta sebaliknya.

Batas-batas dalam berhias
Merujuk kepada fatwa kebangsaan bagi hal ehwal agama Islam Malaysia, muzakarah mereka kali ke-74 bermula pada 25 hingga 27 Julai 2006 memutuskan bahawa suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya botoks adalah haram digunakan kerana ia didapati mengandungi bahan meragukan dan bersifat najis.


Bagaimanapun, ada pihak yang cuba mempertikaikan keputusan itu dengan mengatakan bahawa bahan yang digunakan untuk menghasilkan botoks hanya protein, malah bukan protein daripada binatang yang diharamkan, tetapi mungkin namanya melambangkan seolah-olah ia daripada sesuatu yang kotor. Pihak ini juga cuba mendakwa, dari segi kesihatan, penggunaan botoks tidak memudaratkan jika ia dilakukan pihak yang bertauliah dan menggunakan teknik suntikan yang betul. Cuma pihak ini tidak menolak kemungkinan ia akan menimbulkan kesan sampingan jika digunakan berlebihan tanpa pemantauan atau diselia pihak bertauliah. Bagaimanapun, isu utama yang menyebabkan ia menjadi haram pada pandangan syariah ialah:

i- Unsur najis dan kotoran di dalam bahan botoks. Kajian mendapati botoks atau Botulinum Toxin Type A antara lain mengandungi bahan daripada babi, selain wujudnya bahan tiruan yang boleh mendatangkan mudarat. Dalam Islam, terdapat dalil yang menyebut: "Tidak boleh mendatangkan mudarat dan tidak boleh pula membalas mudarat."

ii-Mengubah ciptaan Allah untuk tujuan cantik. Isu mengubah ciptaan Allah SWT terhadap diri seseorang.
to be continued..

Sunday, August 2, 2009

Wangi pun ada yang tak suka...

IN THE NAME OF ALLAH, MOST GRACIOUS, MOST MERCIFUL..

Wangi.. satu bau yang jika difikir, adalah sesuatu yang positif, disukai oleh semua orang... tp hakikatnya, wangi ni adalah satu perkara yang subjektif.. ada orang yang tidak suka pada wangi.. benarkah???ok, pernahkah anda menyembur wangian x kisahlah sama ada ambipur @ glade@ ape2 jenama sekalipun di dalam bilik kolej kediaman @ di rumah sendiri, yang ketika itu ada shbt2 @ ahli keluarga di dalam bilik tu?? Dan kemudian ada yang menutup hidung, atau tindakan yang drastik skali terus keluar dari bilik anda sambil berkata, “busuklah, bau mende ni?”sebenarnya, saya sengaja menganalogikan perkataan wangi di atas dengan kebaikan... dalam hidup ni, tak semua perkara yang kita lakukan akan disukai orang yang berada disekeliling kita, walaupun perkara yang kita lakukan itu, adalah perkara yang baik.nabi muhammad sendiri, adalah orang yang paling sempurna, yang maksum, qudwah hasanah, tetapi masih ada golongan yang tidak menyukainya dan memusuhi baginda hingga ke hari ini.lihat saja pok sedara baginda, yang ketika lahirnya baginda, dia adalah antara insan yang paling gembira, tetapi selepas kerasulan baginda, dialah orang yang paling kuat menentang baginda...

ada suatu kisah, antara seorang ayah, anak kecil dan keldainya... dua beranak ini sedang bermusafir, melalui satu perjalanan yang jauh...

dalam keadaan pertama, si ayah menarik keldai itu sambil memimpin anaknya...dan sedang berjalan, mereka berselisih dengan seorang lelaki dan si lelaki itu menegur mereka.. "mengapalah anta tidak naik sahaja keldai itu, tidakkah anta letih menariknya?" kemudian, si ayah itu pun menaiki keladai tersebut, dan anaknya pula berjalan...

seterusnya, mereka meneruskan lagi perjalanan, dan kali ini mereka terserempak pula dengan lelaki lain, dan lelaki itu menegur si ayah "kejamnya anta! sanggup anta membiarkan anak kecil ini berjalan dan anta pula dengan selesa menunggang keldai ini?dimanakah naluri anta sebagai seorang ayah?" mendengar teguran lelaki tadi, si ayah pun mengangkat anaknya, dan mereka berdua menunggang keldai mereka...

arakian, mereka pun meneruskan perjalanan, dan mereka terserempak lagi dengan orang yang berselisih dangan mereka.. kali ini mereka ditegur lagi, 'kejamnya kamu wahai manusia, tidakkah antum kasihan terhadap keldai ni? tubuhnya kecil sahaja, dan kamu pula berdua diatasnya.. lihatlah keldai ini, sangat keletihan.." kemudian, si ayah memandang anaknya.. si ayah hanya tersenyum, dan kemudian kedua-dua mereka turun dari keldai mereka, membiarkan si keldai itu berehat...



jadi, dari cerita di atas, kita dapat lihat, walau apa perkara yang kita lakukan, kita pasti akan dikritik.. mustahil kita akan dapat memuaskan hati semua pihak yang berada di sekeliling kita.inilah cara saya memotivasikan diri, dalam hidup ni, tidak semua orang akan setuju dengan kita, tak semua orang sebulu dengan kita, tak semua orang senang dengan kita, dan x semua orang SUKA pada kita... lebih-lebih lagi, jika kita ini seorang pemimpin kecil di kolej @ kampus,


pasti ada bibir-bibir yang berkata tentang kita, negatif @ positif... so, biarkan sahaja...
p/s: himpunan ISA pun ada yang sokong ada yang tak sokong, tp pokoknya, ISA mesti kena mansuh.. hehehehe


Saturday, July 25, 2009

Marwa as-Sharbini Mati syahid kerana tudungnya! Allahuakhbar!!!

SYAHID KERANA TUDUNG...
Tidak banyak liputan TV tentang Marwa Al-Sharbini, seorang ibu yang punya seorang anak, sedang mengandung tiga bulan, mati akibat ditikam 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim.Tidak ramai pula di kalangan orang Islam sendiri sedar tentang tragedi kejam ini. Yang mereka lebih tahu ialah kematian Raja Pop. Itupun kerana media, terutama TV melampau-lampau liputannya.

Berhari-hari, bahkan berminggu masih belum reda isunya. Ribuan penduduk Mesir menghantar jenazah Marwa ke tempat pengkebumiannya. Beliau tidak sepopular artis tersohor, MJ, tetapi pastinya beliau tersohor di kalangan penduduk langit kerana mempertahankan harga diri, maruah dan agamanya melalui tudungnya, yang dengannya ia syahid.Marwa ditikam di ruang mahkamah kota Dresden, Jerman sebelum memberikan keterangan atas kesnya. Ia mengadu tentang seorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya disebabkan beliau berjilbab.

Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah berasal dari Mesir itu. Di saat berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, terkena tembakan pihak berkuasa yang berdalih tidak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam keadaan kritikal di hospital di Dresden .Dalam sejarah Islam, seorang wanita Islam cuba dicabul kehormatan dan maruah dirinya oleh seorang Yahudi. Lantas pemuda Islam tangkas membantu hingga menyebabkan pergaduhan antara Yahudi dan orang Islam. Di zaman Khalifah Mu’tasim, seorang wanita meminta tolong dengan berkata: ‘Waa Mu’tasimah!’. Mu’tasim yang berada begitu jauh darinya, apabila mendapat berita tersebut terus menghantar bantuan untuknya.

KAT MALAYSIA PLAK...

tudung atau tidak bertudung bukanlah menjadi 1 kesalahan.nk pakai boleh, tak pakai pon x pe.. tapi, kat sesetengah sekolah, maybe mewajibkan studentnye pakai tudung.. pelik.. kat oversea sana, golongan wanita mereka memperjuangkan hak muslimah untuk memakai tudung...



mereka mogok, buat demo, memperjuangkan hak yang mana diperintahkan oleh Allah untuk memakainya... kekenagan cukup hebat!!! islamifobia di negara2 luar terhadap islam cukup menebal.. mereka anti-islam, melabel islam ini pengganas, dan nasib atau hak bagi umat islam disana dinafikan..



"muslimah" di malaysia, ada yang bertudung, tapi tak memenuhi tuntutan.. ada pulak yang free hair.. kadang2, bila saya jalan2 keluar ke bandar, hati ni jadi confius bila lihat wanita berketurunan melayu tapi x pakai tudung... sering saya bermonolog, "islamkah awak ni?".. bila pakaian dah tak melambangkan ketimuran, tambah pula make-up yang melampau lampau.. tafsiran mata dan hati sering bersalahan..



tidak ada sebarang halangan bagi wanita malaysia untuk memenuhi tuntutan agama yang suci ni, tapi kenapa kita seolah-olah tidak bersyukur??? Ada pula golongan yang mengeluarkan hujjah dengkel untuk tidak memakai tudung dengan berkata "zaman nabi dulu wanita pakai tudung sebab dekat padang pasir, nak lindung rambut..sekarang x pe" lebih kurang gitulah yang pernah saya dengar.. dunia.. dunia..

ingin saya kongsikan, semasa saya sekolah menengah, dalam sesi tazkirah selepas maghrib, "halaqah tafakuh.." bersama ustaz abdul aziz b ramli. ketika tu, ustaz saya membacakan hadis yang mana nabi bersabda bahawa lebih ramai wanita yang menjadi penghuni neraka berbanding lelaki.. kemudian, tak lama selepas tu, ada soalan daripada pihak muslimat yang bertanya, "kenape pulak ramai perempuan yang byk msk neraka, sedangkan kat dalam penjara, lagi ramai org laki yang bersalah dan jahat???" kemudian, ustaz saya dengan tenang dan machonye menjawab... "hukum dunia dan hukum Allah adalah berbeza sama sekali... adakah kat malaysia ni, kalau perempuan tak pakai tudung, akan dimasukkan ke dalam penjara? adakah etika tidak memakai tudung itu menyalahi undang2? lagi 1, berape ramai pulak isteri yang nusyuz kepada suami, yang mengkhianati suami dan tidak dapat dikesan melalaui undang2???.. so, bayangkanlah, jika 1 helai rambut mewalili 1 dosa, dan jika mampu, bilanglah helaian rambut dikepala.. ada berape byk dosa dapat??? pastu, kali pulak jika ada 100 orang lelaki yang tengok rambut tu... maka, terjawablah soalan muslimat tersebut....

wallahu a'lam...

Friday, July 24, 2009

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

IN THE NAME OF ALLAH, MOST GRACIOUS, MOST MERCIFUL..
LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua/sulung, manakala perempuan tidak. perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik, pahala dapat kepadanya... kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupunbegitu isteri boleh membantu. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa- dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulahkira-kiranya.

WANITA

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya??Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempatyang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.Bukankah ibu adalah seorang wanita?Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH dimuka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taatakan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seoranglelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing-masing lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamuberpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "