...IN THE NAME OF ALLAH, MOST GRACIOUS, MOST MERCIFUL...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T..
Umum mengetahui, bhawa solat itu wajib, namun di dalam al-Quran, tidak ada pula ayat yang menerangkan method bagaimana solat itu didirikan.. yang ada, Cuma sepotong hadis Rasulullah S.A.W yang berbunyi, “…dirikanlah solat sepertimana aku solat..” jadi, bagi kita umat di akhir zaman ini yang tidak pernah melihat batang tubuh baginda, apatah lagi melihat baginda tercinta mendirikan solat, sudah tentu ada banyak kaedah, atau method yg kita gunakan berdasarkan apa yg kita pelajari di bangku sekolah..
Salah satu bahagian dalam solat yang jika diamati, ada pelbagai cara dilakukan oleh muslim iaitu mendakap tangan ketika berdiri.. Selepas takbir ratulihram, kedua-dua belah tangan hendaklah didakapkan. Bagaimanapun, para ulama’ telah sepakat bahawa tiada dalil yang mewajibkan kedudukan tangan seumpama ini, dan ia BUKAN rukun atau SYARAT SAH SOLAT. Ia hanya sunat menurut beberapa mazhab. Hujah para ulama kerana dalam sebuah hadis, ketika Nabi Muhammad S.A.W mengajar seorang lelaki yang teruk cara solatnya, maka apabila Nabi S.A.W menyuruh lelaki itu solat semula dan mengajarkannya cara solat, Baginda tidak pula menyebut tentang kedudukan tangan. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Saya teringat pada suatu ketika, usai saya solat di masjid di tempat saya, saya pernah ditegur oleh seorang pemuda Bangladesh yang solat di sebelah saya.. Pada ketika solat, kedudukan tangan saya adalah di dada.. Jadi, setelah memberi salam, dia menegur saya dalam bahasa English, walaupun dia tidak fasih, dia cuba menegur saya sambil menggayakan cara mendakap tangan ketika berdiri dengan betul (mndakap tangan di atas pusat). Saya cuba menerangkannya bahawa terdapat banyak pendapat tentang solat ini.. Cuma pada ketika itu, saya juga jadi tidak pasti kerana saya tidak pernah terbaca mngenainya.. Cuma ada terdengar ketika tazkirah dan majlis ilmu.. Saya tidak menyalahkan dia, malah menghargainya kerana cuba memperbetulkan solat saudaranya yang lain. Pemuda Bangladesh itu merupakan pekerja ladang di bawah Felda Plantation untuk program tanam semula sawit.
Hari ini, saya telah menemui dalil-dalil tersebut dan ingin berkongsi mengenainya..
DALIL BERDAKAP TANGAN
Berikut adalah beberapa hadis Nabi S.A.W yang menyebut tentang berdakap tangan dalam solat:
Ø Sahabat Nabi bernama Wali R.A menggambarkan sifat solat nabi dengan katanya, “Kemudian Nabi S.A.W meletakkan tangan kananannya di atas permukaaan tangan kirinya dan pergelangan dan awal lengan.” ( Riwayat Muslim dan Ahmad)
Ø Daripada Ibn Mas’ud R.A, beliau menceritakan: “Sesungguhnya Nabi S.A.W lalu disebelahku ketika aku sedang solat. Tatkala itu aku meletakkan tangan kiriku di atas tangan kananku, maka Nabi S.A.W membetulkan lalu meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri.” (Riwayat Abu Daud)
Ø Daripada Wail bin Hujr berkata “ Aku solat bersama Nabi S.A.W dan baginda meletakkan tangan kanannya di atas tangan kirinya lalu diletakkan di atas dadanya” (Riwayat Ibn Khuzaimah)
Ø Daripada Abi Jarir daripada ayahnya yang bermaksud “aku melihat Ali memegang tangan kirinya dengan yang kanannya di sendinya lalu diletakkan di sebelah atas pusatnya.” (Dalam sanad ini terdapat Abu Talut Abdul Salam bin Abi Hizam. Abu Daud mengkritiknya)
Ø Ali meriwayatkan “Sesungguhnya Nabi S.A.W meletakkan telapak tangan di atas telapak tangan yang lain dan diletekkan di bawah pusat.” (Riwayat Abu Daud. Abu Daud mengkritik hadis ini: “Aku mendengar Imam Ahmad bin Hanbal mengatakannya daif.”)
Jadi, kesimpulan daripada hadis-hadis di atas terdapat beberapa cara mendakap tangan. Jika ada fakta yang saya tersilap, minta diperbetulkan.. Wallhu ta’ala a’lam.. Wassalam..
No comments:
Post a Comment