Saturday, February 28, 2009

SUDAH TERJUALKAH BUMI PELESTIN?




Sehari demi sehari semua mungkin dapat merasakan bahawa dunia semakin panas.Bahang kepanasan ini bukan hanya disebabkan oleh ozon yang semakin menipis tapi turut disebabkan oleh isu-isu dan peristiwa penting yang berlaku samada dari dalam negara mahupun luar negara. Isu-isu sepeti tumbangnya kerajaan kerajaan-kerajaan yang sudah lama berkuasa dan perhimpunan-perhimpunan yang diadakan cukup untuk membuatkan dunia lebih hangat dari biasa.

Dalam mendepani segala isu-isu ini tidak harus rasanya para mahasiswa terlalu obsess dan terleka hingga terus melupakan perkara yang perlu dan tidak harus sama sekali sebagai mahasiswa muslim untuk kita melupakannya iaitu isu Palestin ,ardul mi’ad.Mgkin ada yang sudah jemu dan naik muak mendengar isu ini,BILAKAH akan berakhir???.Hanya mereka yang yakin dengan janji Allah dan istiqamah dalam perjuangan menyokong rakyat Palestin sahaja yang tahu akan jawapannya. Tidaklah seratus peratus untuk menyatakan penyataan ini adalah benar,namun inilah hakikatnya. Perjuangan Palestin bagi mahasiswa di Malaysia adalah pejuangan bermusim! Api semangat hanya akan marak menyala-nyala di medan-medan demonstrasi,dan akan padam tidak diendahkan hingga tiba untuk dinyalakan pada demo seterusnya.Seharusnya perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku.

Apa yang berlaku pada Palestin saat ini? Tanggal 29 November 2007 termeterailah satu lagi sandiwara tajaan Amerika iaitu Sidang Damai Annapolis di Maryland. Sidang damai kali ini dianggap cukup berjaya apabila Olmert dan Abbas berjabat mesra hingga membuatkan presiden Bush tersenyum bangga. Kenapa tidak? persidangan yang dihadiri 40 buah negara dan 16 buah negara dominan ini diantara persidangan pertama seperti ini dalam jangka masa 16tahun. Tujuan persidangan ini diadakan adalah untuk merealisasikan ‘road map’ yang digubal oleh Washington dan konconya.Road map yang mempunyai 3 peringkat ini bermatlamatkan untuk mewujudkan negara Palestin yang merdeka. Turut mengejutkan sidang ini turut dihadiri oleh wakil Arab Saudi dan Syiria dan pastinya Ehud Olmert dan Mahmood Abbas sebagai ‘orang penting’dalam menentukan kejayaannya..

Terlalunya banyak perkara yang tak dapat untuk ditafsirkan. Apakah muslihat disebalik semua ini?mungkinkah persidangan ini akan membawa kepada pengakhiran yang baik? Atau akan menjadikan keadaan bertambah teruk hingga terjual negara Palestine ? Persidangan ini bukanlah persidangan yang direstui oleh semua pihak. Hanya Amerika dan pihak-pihak yang berkempentingan sahaja yang beriya-iya untuk menjayakannya. Rakyat Palestine sendiri menentang sidang ini mungkin kerana apalah yang hendak diharapkan lagi pada
sidang damai yang telah banyak kali diadakan. Akhirnya mereka bertambah derita dan bumi Palestine semakin hilang dari penduduknya.
Bagi mereka, persidangan Annapolis merupakan proses perancangan politik yang paling besar untuk merampas hak-hak rakyat Palestin dan digunakan sebagai kepentingan perusahaan keamanan melalui pemerintah autoriti. Dalam perundingan perdamaian sebelumnya antara Israel dan Palestin selalu melibatkan Amerika dan PLO termasuk di dalamnya ada pertemuan rahsia. Ditambah lagi ia bukannya dianjurkan oleh liga arab ataupun OIC, tapi oleh Amerika yang ternyata terang menyokong Israel . Diantara pihak yang turut tidak merestui sidang ini adalah sebahagian rakyat Israel sendiri yang menyokong penjajahan Palestine . Kenapa ini berlaku? Kerana kedua-dua pihak sudah dapat merasakan implikasi dari sidang ini. Bagi rakyat Palestine, sidang ini tidak ubah seperti menggadai dan menjual tanah Palestin kepada Israel.Manakala bagi rakyat Israel,jika sidang ini berjaya bermakna ‘perjuangan’ mereka untuk menduduki Palestine akan bermasalah.

Satu lagi persoalan timbul, kenapa wakil Palestine yang dijemput ialah Mahmood Abbas tidak Ismail Haniyeh sebagai pemimpin yang dipilih oleh rakyat Palestine ? Haniyeh seakan dipulaukan mungkin kerana Amerika berfikiran dia akan menjadi ‘pengacau’ bagi sidang ini. Sebenarnya cukup banyak perkara yang tidak jelas. Walaupun Amerika menyatakan bahawa ianya berjaya, namun apa yang dikatakan sebagai kejayaan itu .Adakah ianya berjaya melembutkan hati Olmert hingga kembali menyerahkan tanah Palestine kepada rakyatnya?Lupakah kita pada firman Allah bahawa takkan redho yahudi dan nasara ke atas muslim hingga kita mengikut mereka.

Apapun, kita sebagai mahasiswa muslim yang menyatakan kita semua adalah bersaudara, wajiblah keatas kita untuk mengetahui apa yang sedang berlaku di bumi Palestine . Lakukan apa sahaja yang boleh kita lakukan sebelum bumi Palestine terjual tanpa kita sedari!

No comments:

Post a Comment