...IN THE NAME OF ALLAH, MOST GRACIOUS, MOST MERCIFUL..
Benar.. SYURGA Allah memang mahal harganya.. hatta kt dunia
pon, nak masuk tandas kena bayar, inikan pulak klu nak masuk syurga Allah.. Tingginya
nilai syurga, bukan sedikit MAHAR yg perlu dibayar, bukan SEDIKIT pedih yg
ditagih.. Berbalik kepada entry kali ni, “DEMI SEBUAH KELAHIRAN”,
jari ni terasa nak menaip utk berkongsi rasa
dan fikiran, setelah hampir setahun blog ni terbiar tanpa diupdate.. Terima
Kasih kepada sahabatku, Sdr. Amir Fadli yg mencetuskan rasa ini hasil
perkongsian beliau..Mabrouq ilaika ats kelahiran putera sulung.. semoga
keperibadian Umar al-Farouqi semegah dan sehebat namanya..
Mengingatkan detik menyambut kelahiran, mungkin ada yg tidak
perasan, atau tidak menitik beratkan tentang “siapakah” org yg bakal menyambut
kelahiran bayi.. Bagi kita, seorang muslim, adalah sebaiknya individu yang
menyambut kelahiran itu adalah Doktor WANITA MUSLIMAH , dan staf-staf yg lain
juga wanita muslimah (even doktor wanita, tp bukan islam, hukum mereka melihat
aurat wanita adalah HARAM, iaitu sama dgn hukum seorg lelaki yg bukan haram
melihatnya) … kenapa???
Suka sy berkongi tentang 1 respon seorg wanita yg telah
menyedari peri penting mendapatkan khidmat wanita muslimah semasa proses
kelahiran setelah membaca satu artikel “DARURAT
BUKAN SEMUDAH ITU..” Pengalaman pertama beliau semasa mendapatkan khidmat
rawatan kehamilan di klinik dan hospital kerajaan bermula dari anak yg pertama
hingga anak ketiga seolah-olah “iguan ngeri” baginya. Bukanlah soal menunggu
layanan ataupun perkhidmatan yg kurang memuaskan, tetapi ia adalah SENTUHAN
tangan dari doktor yg berlainan JANTINA!
Perkara yg tidak dapat beliau lupakan adalah ketika doktor lelaki yang
memasukkan ubat ketika proses induce bagi
mempercepatkan kelahiran. Walaupun ditemani seorg jururawat wanita, perasaan
malu itu tetap ada dan menebal sepanjang proses itu berjalan.
Kesedaran itu menyapa hati, dan untuk kelahiran bayi yg
keempat, beliau berazam tidak membenarkan lagi doktor lelaki menyentuhnya.
Tetapi, ujian Allah datang.. Sewaktu
proses kelahiran, ekonomi beliau dan suami tidak dapat memenuhi caj di hospital
swasta yg agak mahal. Akhirnya, beliau tekad
MENGGADAIKAN satu-satunya gelang
emas kesayangan miliknya hanya untuk mendapatkan khidmat perbidanan DOKTOR
MUSLIMAH di hospital swasta.. Alhamdulillah, beliau selamat melahirkan bayi
perempuan, dan semenjak hamil lagi, beliau telah berniat, sekiranya bayi ini
adalah perempuan, biarlah dia menjadi
pakar perbidanan. Sehingga bayinya kini berusia 3 bulan, gelang emasnya itu
masih belum dapat ditebus. Semoga Allah menggantikan nilai gelang emas itu dgn
ganjaran yg lebih mulia..
APA YANG PERLU & BOLEH SAYA LAKUKAN???
Persoalan ini bermain difikiran.. Bg sy yg belum
berumahtangga, memikirkan soal kewangan utk majlis walimah juga sesuatu yang
mencabar. Difikirkan lg tentang bagaimana ingin menyara kehidupan
berumahtangga, melengkapi keperluan sesebuah keluarga, persediaan utk menyambut
kelahiran, selepas kelahiran, majlis aqiqah dan tahnik, segalanya memerlukan
ekonomi dan sumber kewangan yg mantap. Yang pasti, semua ini perlu dan akan
dilalui.. jadi, marilah kita merancang kewangan, berusaha, berdoa dan
bertawakkal kepada Allah mulai sekarang.. Alangkah baiknya jika pihak kerajaan
concern tentang sensitiviti ini, dgn mewujudkan 1 squad wanita muslimah utk
menguruskan wanita islam yg ingin bersalin. Semoga suatu hari nanti, biarlah
org yg faqih tentang agama yg mengetuai pentadbiran dan pengurusan negara
supaya perkara ini dapat dilaksanakan.. Bersama-samalah kita berdoa.. Aamiiiin
Ya Robb!!
# alangkah indahnya,
beruntungnya andai ketika urine test kehamilan hingga selesai berpantang,
semuanya diuruskan oleh doktor WANITA MUSLIMAH dan tidak ada seorg lelaki pon
yg terlibat melainkan SUAMI sendiri..kepada smua bakal doktor muslimah, teruskan perjuangan anda!!!
http://myibrah.com/bersalin-doktor-hukum