Tuesday, April 28, 2009

HEBATNYA MUSLIMAH NI...


ni la gmbar para pejuang cilik muslimah yang ada kat luar malaysia. Hebat... x gentar dengan tentera kuffar... muslimah diorang boleh angkat senjata, boleh berada dalam 1 saf dgn tentera muslimin. walaupun mulimah ni sayap kiri perjuangan, tp kehadiran golongan ini amat memberi kesan dalam perjuangan islam....
berbalik dgn muslimah, i mean wanita2 di malaysia... (adakah layak digelar muslimah???) adakah mampu begini? hah.. tgk lipas pon terjerit-jerit. takut.... ape lagi nk angkat senjata... ttp aurat pn x sempura... mcm mana?????? so, mesej ana......



TERUJANYA APABILA ORANG MUDA BERIBADAT


28 apr 2009


Pemuda yang menghabiskan masanya dalam beribadat kepada Allah SWT dijanjikan Rasulullah SAW sebagai salah satu golongan yang akan dilindungi oleh Allah pada hari kebangkitan kelak. Ketika itu seluruh manusia berada dalam keadaan membimbangkan dan membingungkan setelah dibangkitkan kembali oleh Allah. Ada kalangan mereka berada dalam ketakutan lantaran memikirkan dosa-dosa yang dilakukan di dunia selama ini, apatah lagi mereka telah melalui sedikit sebanyak tempiasan azab di alam barzakh.Allah memuliakan tujuh golongan yang berkhidmat dengan baik selaku hamba-Nya dan menjadikan dunia sebagai tempat bercucuk tanam bukannya keseronokan semata-mata.


Golongan kedua yang mendapat kedudukan yang terpuji itu adalah orang muda yang menghabiskan masanya untuk beribadat kepada Allah. Golongan yang beribadat kepada Allah bukanlah satu golongan yang jumud dan rigid serta menjauhi dunia sebaliknya mereka adalah golongan yang memenuhi ruang kehidupan di dunia untuk diraih kesenangan hakiki di akhirat.Ibadat terbahagi kepada dua iaitu ibadat umum dan khusus. Ibadat khusus secara ma’ruf merangkumi solat, puasa, zakat, dan lain-lain. Manakala apa-apa sahaja perbuatan baik yang dilakukan dengan penuh keikhlasan dan mengikut landasan sunnah akan dikira ibadat dan mendapat ganjarannya di sisi Allah. Sebenarnya seluruh anggota badan manusia itu boleh beribadat. Tangan beribadat kepada Allah dengan mengeluarkan sedekah dan zakat. Lisan beribadat dengan memuji dan memuja Allah selain mengungkapkan kalimah-kalimah yang baik dan menjauhi perkataan-perkataan yang lagho. Mata beribadat dengan menundukan pandangan daripada melihat elemen-elemen yang merosakkan hati. Kaki beribadat dengan melangkahkan kaki ke tempat-tempat ibadat, ataupun jika ia melangkah ke tempat-tempat maksiat sekalipun, ia bertujuan untuk mencegah kemungkaran tersebut.Persoalannya, kenapa mesti golongan muda? Kenapa tidak dimasukkan golongan tua dalam hadis tersebut?



Kita menjawab persoalan ini berdasarkan realiti yang wujud. Golongan tua secara umumnya memang sudah cenderung untuk beribadat. Apatah lagi petanda-petanda ajal menjemput sudah timbul pada tubuh badan mereka, dengan uban-uban yang memutih di kepala, badan yang mula lemah, kedut-kedut yang kian tergaris di dahi, dan lain-lain. Lalu, menjadi tabiat manusia untuk kembali kepada Allah apabila kegerunan terhadap kematian itu wujud.Orang muda pula biasanya cenderung kepada keduniaan dengan berhibur dan sebagainya. Mereka beranggapan bahawa muda hanya sekali dan sepatutnya ia dihamburkan sepenuhnya dengan keseronokan sebelum tua menjemput. Mereka tidak menyedari bahawa kematian bukan hanya untuk orang tua malah terdapat ramai orang muda yang dijemput terlebih dahulu.Oleh yang demikian, amat jarang orang muda menghabiskan masa dengan beribadat. Mereka lebih suka mengabiskan masa untuk memenuhi jiwa muda mereka sebelum tiba waktu senja. Kekhusyukan beribadat tidak timbul dengan baik dalam jiwa orang muda meskipun mereka kadang-kadang mengalami pengalaman hidup yang menakutkan seperti melihat kematian rakan-rakan mereka secara mengejut. Namun hal ini tidak menafikan bahawa wujud juga orang yang sudah berumur tetapi tidak menyedari hakikat umur mereka yang semakin mengurang.


Kata Imam Al-Ghazali, perkara yang paling dekat dengan manusia adalah kematian manakala perkara yang paling jauh adalah masa lalu.Beribadat mesti dengan hati, yang dimulai dengan niat. Niat seseorang boleh menjadi lebih mulia berbanding perbuatan, malah dengan niat sesuatu amalan menjadi mulia. Niat yang baik akan diganjari dengan pahala di sisi Allah. Ada amalan yang kecil, tetapi membesar dengan niat. Ada amalan yang tampak buruk pada pandangan zahir tetapi menjadi mulia kerana niat. Pernyataan ini tidak bermaksud niat itu menghalalkan cara. Contoh yang baik untuk dikemukakan ialah seperti menipu yang diharuskan dalam tiga kondisi seperti dalam medan peperangan dan menyatukan antara dua orang yang bertelingkah, termasuklah menipu untuk menyelamatkan ulama yang sedang diburu.Menipu mungkin nampak buruk tetapi baik dalam beberapa kondisi yang disebut. Kemudian, antara ibadat yang dinilai mulia di sisi Allah ialah dakwah. Amal Islami ini, memberi manfaat kepada manusia dalam usaha memurnikan Islam itu sendiri. Allah SWT ada berfirman: Dan siapa lagi yang lebih baik ucapannya daripada orang yang menyeru kepada jalan Allah dan melakukan kebaikan seraya berkata: Sesungguhnya aku termasuk dalam golongan yang mempasrahkan diri kepada Allah.Para nabi diutus daripada kaumnya kerana inilah satu proses memudahkan komunikasi.


Jadi, orang muda adalah orang yang terbaik untuk berdakwah kepada orang muda juga. Mereka memahami jiwa orang muda dan ini pastinya akan memudahkan urusan dakwah itu sendiri. Tidak perlu kita fahami dakwah dalam konsep ceramah dan kuliah, kerana dakwah ini satu konsep yang luas dan perlu disesuaikan dengan keadaan dan kondisi semasa. Apa pun dakwah yang paling asas perlu diaplikasikan oleh kita ialah dengan mempamerkan akhlak mulia sebagai satu daya memikat dan besi magnet yang menarik.Suasana beribadat mesti diwujudkan. Iklan-iklan termasuklah dalam kaca televisyen sekalipun mestilah menekankan soal ini. Kemungkinan satu kempen memurnikan soal ini boleh diadakan dan dibuat mengikut kesesuaian semasa. Satu hal yang sangat menarik jika suasana beribadat dapat diserikan seperti mana pada zaman Umar Abdul Aziz, apabila umat Islam ketika itu tenggelam dalam keasyikan beribadat dan memperkatakan soal ibadat dalam setiap rinci kehidupan mereka.Lalu ketika itu, semakin berkurangan orang yang mempunyai perasaan riya’ kerana semua orang berada dalam lingkungan beribadat, sebaliknya perasaan yang wujud ketika itu adalah perasaan berlumba-lumba mengerjakan kebaikan. Harap-harap, begitulah adanya…

WAJARKAH????

Demi politik, BN gadai Islam

Irwan Muhammad Zain

KUALA LUMPUR, 27 April (Hrkh) - Demi 'survival' politik, BN sanggup mengadai kepentingan agama Islam.

Keputusan kabinet yang membenarkan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama merupakan petanda jelas Umno sanggup mengadaikan agama semata-mata kerana mahu mendapatkan sokongan masyarakat bukan Melayu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menegaskan selama ini Najib dan pemimpin Umno yang lain sering menuduh PAS mengadaikan agama Islam bila bekerjasama dengan DAP tetapi keputusan kabinet itu membuktikan sebaliknya.

"Ini bukti bahawa yang mengadaikan agama Islam untuk kepetingan politik adalah Umno bukan PAS kerana kita (PAS) komited dengan perjuangan menegakkan Islam.
"Mereka (Umno) menuduh kita (PAS) mengadaikan agama di Perak bila memberi tanah kepada penduduk Kampung Baru yang terdiri masyarakat Cina dan juga kepada sekolah Cina sedangkan apa yng kita lakukan itu adalah demi keadilan yang dituntut oleh Islam," tegas beliau.
Mahfuz juga menegaskan keputusan kabinet itu bertentang dengan Fasal 12(4) perlembagaan persekutuan yang mengizinkan salah seorang ibubapa menentukan agama anak.

Keputusan tersebut tegas beliau menafikan hak bapa atau ibu untuk menentukan agama anak-anak mereka jika berlaku perpisahan.

Mahfuz juga menegaskan keputusan kebinet itu mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab kerajaan untuk memberi perlindungan terhadap orang yang menukar agama.

Sehubungan dengan itu beliau mendesak agar kerajaan segera membatalkan keputusan tersebut untuk menghormati perlembagaan negara.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mendesak supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Jamil Mohd Khir yang dipertanggung jawabkan menjaga hal ehwal agama Islam agar segara tampil membuat pembelaan dalam isu ini.

Pada 23 April lalu, kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kabinet pada tarikh tersebut. - mks.

teks ni xtract dr harakah daily...
just nk bincangkan kat sni... adkah releven kpts ni?